searching for my own meaning of life

Archive for the ‘Aku & Kehidupan’ Category

Rumah Pertama 2.0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Perkongsian kali ini adalah kesinambungan daripada Rumah Pertama yang aku beli iaitu sebuah apartment. Apabila rumah kita telah siap dibina dan diluluskan oleh pihak perbandaran (Bintulu Development Authority), pihak pemaju akan memaklumkan bahawa permit untuk menduduki rumah tersebut (Occupational Permit) telah dikeluarkan. Pemaju akan menyerahkan 2 set kunci rumah terlebih dahulu, manakala 1 set kunci akan disimpan di pejabat sehingga tempoh Defect Liability Period (1 tahun 6 bulan) selesai. Pembayaran yang perlu diselesaikan pada masa penyerahan kunci rumah adalah:

  • First year sinking fund
  • Monthly apartment service charge
  • Utility deposit (water meter)

Jangan lupa baca بسم الله الرحمن الرحيم dan memberi salam السلام عليكم ورحمة الله وبركاته sebaik saja membuka pintu rumah. Antara amalan baik yang boleh dilakukan juga adalah melaungkan azan, membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, 3-Qul dan surah Al-Baqarah. Ini adalah usaha kita untuk melindungi rumah kita daripada gangguan makhluk halus dan rasa hasad dengki manusia.

Pada saat penyerahan kunci rumah, pihak pemaju juga akan menyerahkan satu borang untuk kita nyatakan kerosakan yang terdapat di rumah kita. Pemaju akan bertanggungjawab untuk mengatur segala kerosakan dalam masa 2 minggu. Pastikan semua anak kunci dan tombol pintu utama, pintu dapur, pintu bilik, pintu tandas, dan pintu balkoni berfungsi dengan baik. Permukaan dinding, lantai, siling dan pintu (dalam dan luar rumah) rata dan dicat dengan sekata. Cermin, lantai dan dinding rumah juga bersih tanpa ada bekas cat atau simen.

Jika ada kerosakan atau hasil kerja yang tidak sempurna (rujuk Building Specifications), kita boleh ambil gambar dan hantar kepada pihak pemaju. Pihak pemaju akan menghantar wakil untuk membetulkan kerosakan tersebut. Untuk memudahkan kerja, sebaiknya kita tunjuk sendiri bahagian yang rosak kepada wakil pemaju.

Untuk mendapatkan bekalan elektrik, beberapa dokumen dan bayaran yang perlu disediakan adalah:

  • Lawyer certified true copy of Sale & Purchase Agreement
  • Utility deposit (electric meter)

Pada masa yang sama, surat rasmi yang pertama akan sampai di rumah kita adalah daripada pihak BDA. Pembayaran yang perlu dilakukan adalah untuk:

  • BDA Assessment 1st Quarter
  • BDA Assessment 2nd Quarter

Bagi pemasangan lampu, kipas dan alat penghawa dingin juga memerlukan perbelanjaan ribuan ringgit Malaysia. Setiap tambahan 1 meter wayar yang ditarik akan dikenakan bayaran. 4 kaki pertama alat penghawa dingin adalah percuma dan selebihnya akan dikenakan bayaran.

Sejujurnya, memiliki rumah pertama adalah satu proses yang amat memenatkan. Andai kata aku diberi pilihan untuk memiliki rumah kedua, aku tidak akan membeli rumah yang besar atau rumah 2 tingkat. Cukup satu tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita semua. Aamiin…

ما شاء الله تبارك الله

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, bahagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah darinya.

(Surah Al-Kahf 18:107-108)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Rumah Pertama

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Kali ini aku akan berkongsi cara-cara untuk membeli rumah pertama. Pertama sekali aku percaya apa sahaja yang kita lakukan haruslah bermula dengan niat yang betul. Diikuti dengan persediaan yang mencukupi baik dari segi ilmu, kewangan dan keberanian untuk membuat keputusan. Penghargaan kepada saudara Afiq Shamnazri dan Azizul Azli Ahmad atas perkongsian ilmu di Muka Buku berkaitan pembelian rumah pertama. Secara umumnya, terdapat 3 fasa yang kita perlu lalui iaitu:

  1. Fasa persediaan
  2. Fasa pembelian
  3. Fasa tukar nama

Fasa Persediaan

Niat aku sebelum usia mencecah 35 tahun, aku mesti membeli rumah pertama. Persoalannya, rumah sendiri atau rumah pelaburan? Langkah pertama yang aku lakukan adalah membeli dan membaca buku tulisan Dr Azizul Azli Ahmad. Banyak ilmu yang aku perolehi dari buku beliau kerana cara penyampaian yang santai dan mudah untuk difahami. Terdapat juga formula untuk mengira harga rumah yang sesuai dengan pendapatan kita.

Memandangkan aku bekerja di Arab Saudi dan aku berada di Malaysia pun hanya sebulan ±3 kali setahun, rumah pertama aku semestinya rumah pelaburan. Maksudnya, rumah itu nanti insya-Allah aku jadikan rumah sewa dan bukan rumah untuk aku tinggal sendiri.

Alhamdulillah, dari segi kelayakan kewangan aku tidak mempunyai banyak masalah kerana setiap pinjaman bank aku tidak pernah culas membayarnya setiap bulan. Setelah yakin aku mempunyai simpanan yang cukup, aku mula menghubungi pemaju hartanah yang boleh dipercayai di Sarawak. Antara soalan yang aku tanya: ciri-ciri rumah (sekurang-kurangnya ada 3 bilik tidur, 2 tandas), harga (budget aku bawah RM500k) dan kawasan perumahan (bukan kawasan banjir, strategik).

Aku tahu ada banyak cara lain untuk mendapatkan rumah yang lebih murah tetapi aku malas hendak serabutkan kepala. Aku terus bertanya kepada agen hartanah apa dokumen yang aku perlu sediakan. Antaranya:

  • Slip gaji 3 bulan
  • Bank statement Arab Saudi 6 bulan
  • Bank statement Malaysia 6 bulan
  • EPF statement
  • Copy IC

Fasa Pembelian

Setelah jumpa beberapa rumah yang berkenan di hati, aku banyak bertanya pendapat ahli keluarga yang sudah mempunyai pengalaman membeli rumah. Agen hartanah akan berkongsi plan gambar rumah dan tahap pembinaan rumah yang sememangnya cantik. Untuk mengelak daripada salah membeli rumah, aku melawat tapak perumahan dan melihat sendiri kedudukan matahari (pagi dan petang) dan arah kiblat.

Booking fee perlu dibayar kepada syarikat pemaju hartanah dan proses selanjutnya akan diuruskan oleh agen hartanah. Pengawai bank yang dilantik oleh pemaju menghubungi aku untuk urusan pinjaman perumahan. Antara dokumen yang diperlukan dan perkara yang ditanya:

  • Slip gaji 6 bulan
  • Saudi credit report a.k.a Bank statement Arab Saudi 6 bulan
  • Working permit a.k.a copy Iqama & Certificate of Employment
  • Status jawatan (tetap/kontrak)
  • Berapa tahun pengalaman bekerja?
  • Statutory Declaration yang menyatakan bahawa aku tiada membuat pinjaman bank di Arab Saudi

Alhamdullillah, dalam masa 2 minggu permohonan pinjaman perumahan aku diluluskan. Setelah tandatangan dokumen dengan pihak bank, pegawai bank tadi akan menghubungi syarikat guaman yang juga dilantik oleh pemaju untuk menyediakan Sales and Purchase Agreement. Dalam masa 3 hari, aku dihubungi oleh peguam untuk tandatangan dokumen yang berkaitan. Di sini, satu lagi proses pembayaran perlu dilaksanakan kepada pihak peguam.

Fasa Tukar Nama

Fasa yang terakhir ini aku belum lalui lagi kerana semua urusan melibatkan peguam. Apa yang aku faham proses ini memang mengambil masa yang lama. Aku boleh menghubungi peguam sebulan sekali untuk bertanya status terkini – periksa rumah – dapat kunci rumah pertama!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan urusan kita untuk mendapatkan rumah pertama dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamiin….

Home Sweet Home

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (ke jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual-beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang kafir itulah orang yang zalim.

(Surah Al-Baqarah 2: 254)

Until we meet again.

May peace be upon you.

The GOLD & BLUE Personality

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

This is a just a random post from me. There are so many story to tell but I find it very hard to express in sentences. Too much thinking I guess? Anyway, back to the real topic, there is a website called Muslim Personality and I tried to take the test one more time but it keep on saying server error. Luckily, I still keep some of the information in my laptop and I will share with you guys here.

Honestly, I was really impressed with the result. My Muslim Personality is gold and 59% of my ideal match is blue.

The GOLD Personality

  • Avoids conflict
  • Caring
  • Compassionate
  • Confident
  • Considerate
  • Dependable
  • Independent
  • Leader
  • Nurturing
  • Patient
  • Productive
  • Punctual
  • Responsible
  • Self-motivated
  • Team-oriented
  • Tolerant
  • Understanding

The BLUE Personality

  • Accepting
  • Caring
  • Compassionate
  • Dependable
  • Efficient
  • Friendly
  • Good listener
  • Helpful
  • Leader
  • Loyal
  • Nurturing
  • Patient
  • Responsible
  • Supportive
  • Team-oriented
  • Thoughtful
  • Understanding

Less Like My Personality

  • Care-free
  • Charismatic
  • Charming
  • Creative
  • Exciting
  • Flexible
  • Fun
  • Happy
  • High standards
  • Indirect
  • Intimate
  • Outgoing
  • Playful
  • Risk-taker
  • Sociable
  • Spontaneous
  • Witty

There is a saying stated that it is better to get married late, rather than married to a wrong person. I am strongly agree with that. However, the struggle to find the ideal match is real. I did ask few Malaysian men regarding their opinion on long-distance relationship. Do they willing to be separated for few months right after marriage? Most of them feel reluctant about it.

Now I am wondering, should I sacrifice my career for another chapter in my life?

Greetings from The Holy Mosque – Makkah

“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya”

(www.darussyifa.org)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Career vs Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

14380504_M

Family always come first

“When your so-called bosses ask you to sacrifice your Hari Raya leave just because you have a degree… Are you going to say “Saya Menurut Perintah”?

Begitulah status Mukabuku yang aku paparkan pada 3 Julai 2015. Kesudahannya, aku mengambil keputusan “Saya TIDAK Menurut Perintah”. Aku tidak akan menyesal dengan keputusan yang diambil walaupun terdapat banyak pihak tidak berpuas hati.

Raya pertama: Rumah terbuka – penat berdiri cuci pinggan mangkuk kuali gelas cawan sudu garfu

Raya kedua: Ziarah rumah kenalan ibu bapa di Batu Niah dan Similajau dari pagi sampai ke malam

Raya ketiga: Membantu persiapan rumah terbuka pak cik

Raya keempat: Pagi buat Jalan Kotek, petang ziarah rumah pak cik

Raya kelima: Orang lain pergi ke Miri, aku macam biasa duduk kemas rumah

Raya keenam: Bawa kanak-kanak riang jalan-jalan di Tanjung Batu. Lepas itu, family dinner gathering

Raya ketujuh: Pagi-pagi jungle trekking di Taman Negara Similajau. Petang itu marathon guna kereta pergi lapangan terbang

Raya kelapan: Memenuhi permintaan orang sebelum balik KL – cari kek lapis, tebaloi dan hantar pergi ke lapangan terbang

Raya kesembilan: Cuci kereta dan buat Kek Ho Ho Holiday

Raya kesepuluh: Cuti sudah habis. Kena balik Berkhidmat Untuk Negara

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, syukur kami sekeluarga dapat berkumpul di kampung. Aku juga berpeluang untuk bertemu dengan anak buah yang hampir mencecah 1 tahun. Walaupun mereka pernah datang beberapa kali tetapi disebabkan faktor kerja, aku terlepas peluang itu. Kepada sesiapa yang masih ada ibu bapa, datuk nenek, pak cik, mak cik, sepupu, anak buah… gunakan masa yang ada untuk mengeratkan sillaturrahim. Insya-Allah ada keberkatan di situ.

Jika aku memilih untuk menurut perintah, aku kena kembali ke hospital pada raya keenam hingga raya kelapan untuk memberi ceramah berkaitan dengan denggi hanya kerana aku memiliki ijazah dan gred U41. Aku rasa orang lain pun boleh buat. Janji mereka cuti aku boleh diganti dengan hari yang lain. Persoalannya, siapa dapat menjamin “hari lain” itu sama seperti suasana hari raya di samping keluarga?

~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~

Kisah Ibu’ dan Pemandu Bas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Setiap kali cuti sehari dalam seminggu, aku akan mengambil kesempatan itu untuk keluar membeli barang keperluan rumah dan membayar bil. Aku mempunyai dua pilihan iaitu memandu kereta sendiri atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas, van sapu atau van sewa. Walaupun memiliki kenderaan sendiri, aku lebih suka untuk menggunakan bas kerana tidak perlu mencari tempat untuk meletak kenderaan, dapat melihat perubahan yang berlaku di sekitar bandar dan yang paling penting dapat melihat tingkah laku manusia yang pelbagai ragam.

Baru sahaja aku mengambil tempat duduk paling hadapan di dalam bas, sesuatu yang menarik telah berlaku. Seorang wanita dalam lingkungan 40-an, bertongkat dan membawa beg tangan yang agak besar mengalami kesukaran untuk menaiki tangga bas. Beg tangan diletak di atas tangga, sebelah tangan memegang tongkat dan sebelah lagi memegang pintu bas. Pemandu bas yang juga adalah konduktor bas tidak dapat berganjak dari tempat duduk dan hanya mampu mengambil beg tangan wanita itu. Aku pun menghulurkan tangan dan memapah wanita itu naik. Waktu itu, aku baru perasan parut di tangan yang biasa terdapat pada pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis. Untuk pengetahuan semua, jadual hemodialisis biasanya pada hari Isnin, Rabu, Jumaat (1, 3, 5) atau Selasa, Khamis, Sabtu (2, 4, 6).  Sebaik sahaja wanita itu duduk di sebelah aku, dia kelihatan sangat penat, berpeluh-peluh dan seolah-olah ingin muntah. Dia mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Selepas mengalihkan 2 paket gauze, satu plastik ubat, dan satu botol air (cap badak), akhirnya dia dapat mengeluarkan plastik kuning (biohazard) yang biasa hospital sediakan untuk pesakit. Syukur dia tidak muntah dan hanya meludahkan air liur beberapa kali. Perbualan kami pun bermula:

Aku: Sudah cuci darah hari ini?

Ibu’: Sudah.

Aku: Berapa banyak tarik?

Ibu’: 3.

Aku: Kamu ada makan?

Ibu’: Ada.

Ibu’ adalah kata ganti nama yang biasa aku gunakan untuk wanita Iban. Dalam hati aku berfikir, kenapa keadaan wanita itu sangat teruk selepas hemodialisis? Adakah disebabkan terlalu banyak extraction yang dilakukan? Kenapa kakitangan hospital tidak memeriksa keadaan pesakit sebelum membenarkan mereka pulang ke rumah? Kasihan… salah satu rawatan untuk pesakit buah pinggang adalah pemindahan organ. Berapa ramai masyarakat yang sanggup menderma organ mereka kepada orang lain? Tepuk dada, tanya iman. Syukur kepada Allah SWT aku masih diberikan nikmat kesihatan yang baik.

Apabila bas berhenti di lampu isyarat merah, aku memerhatikan pula si pemandu bas. Rupanya seperti orang Cina tetapi mungkin disebabkan pekerjaan yang terdedah dengan cahaya matahari, kulitnya agak gelap dan kemerahan menahan panas. Peluh yang menitis di dahi hanya dilap dengan lengan baju. Jika dibandingkan dengan pekerjaan aku di dalam bilik berhawa dingin, sekali lagi aku merasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan. Dia hanya menghirup air yang diisi menggunakan botol air F&N 1.5L sedangkan ada manusia yang cukup berkira-kira dengan jenama seperti Tupperware. Fungsinya sama tetapi lumrah manusia suka mengejar kebendaan  di dunia.

Aku hanya menginginkan kehidupan yang sederhana. Tidak terlalu susah dan tidak juga terlalu mewah. Kehidupan yang diberkati dengan tanda-tanda seperti duit banyak tetapi tidak mudah habis, buat kerja dan siap, buat sesuatu yang bermanfaat, dan masa dihabiskan dengan amalan yang mulia.

20150611_121019

Kisah ibu’ bertongkat kayu.

~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~

Pelangi Kehidupanku

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Erti hidup pada memberi” itulah ungkapan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang sentiasa terpahat di dalam hati aku. Melalui blog ini aku cuba berkongsi pengalaman hidup aku yang biasa-biasa dan sebagai peringatan untuk diri sendiri. Kadang-kadang Allah SWT akan memberi ujian dalam kehidupan ini untuk melihat sejauh mana kita mengamalkan nasihat yang kita berikan kepada orang lain.

Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

(Surah Al-Saff 61:2-3) 

Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa aku tempuhi pada tahun pertama aku bekerja di hospital swasta dan kerajaan. Cabaran kali ini pula berkaitan dengan tanggungjawab kepada wad, Pusat Penyelidikan Klinikal dan bahagian pengurusan. Aku masih bekerja mengikut shift (AM, PM, ND). Kini, ada waktu aku akan bekerja mengikut waktu pejabat (OH) untuk melakukan tugasan penyelidikan, membuat pembentangan dan mengendalikan kursus untuk jururawat yang lain. Terdapat pengorbanan masa di situ.

Apabila berada di bawah tiga Penyelia Jururawat yang berbeza, dengan Ketua Jabatan yang berbeza – aku sudah tidak dapat merasa keseronokan dalam bekerja. Setiap pegawai atasan mempunyai kepentingan masing-masing. Demi memenuhi kepentingan mereka, beberapa tugasan perlu diselesaikan. Jika dilihat dari sudut yang positif, tugasan itu memberi ilmu, pendedahan dan pengalaman yang baru. Dari sudut yang negatif pula, diri ini seolah-olah dipergunakan.

Seorang rakan sejawat bertanya kepada aku, “Kamu minat klinikal atau research?”. Aku pada mulanya minat untuk menjadi pengajar. Peluang untuk menjadi pengajar ada tetapi malangnya tidak mendapat sokongan pihak atasan. Bahagian klinikal pula memang menarik kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku hari ini dan esoknya. Tetapi apabila berada di dalam zon selesa, perasaan jemu akan timbul kerana hari-hari yang dilalui lebih kurang sama saja. Tentang penyelidikan pula, ia memerlukan pembacaan yang berterusan, gaya penulisan yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk melihat hasilnya. Tambahan pula, politik dalaman dalam setiap jabatan membunuh minat aku sedikit demi sedikit. Apa yang aku minat? Persoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya saat ini.

Ya Allah, tabahkan hatiku dan kuatkan imanku. Dunia hanya sementara dan akhirat kekal selamanya. Jangan biarkan aku lalai dengan urusan dunia. Bimbinglah aku agar sentiasa berada di jalan yang benar. Kelilingi diriku dengan insan yang baik-baik. Ameen.

Semoga awan mendung cepat berlalu pergi agar sinar pelangi dapat mewarnai kehidupan ini.

Rainbow of my life

Pelangi Kehidupanku

~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~

Hadiah untuk Jururawat

Assalamu`alaikum dan greetings to all…

3. ABUSE OF PROFESSIONAL PRIVILEGES AND SKILLS

3.6 Undue influence

The nurse must not exert improper influence upon a patient to lend her money or to obtain gifts or to alter the patient’s will in her flavor.

(Nursing Board Malaysia Code of Professional Conduct for Nurses First Edition April 1998)

A small gift that touch a life.

Terima kasih kepada keluarga mendiang Sia M. T.

Hadiah untuk jururawat mungkin dikira salah dari segi etika tetapi memberi hadiah merupakan budaya masyarakat kita sebagai tanda penghargaan. Alhamdulillah, dalam bulan Oktober ini aku telah menerima hadiah daripada 2 orang pesakit yang pernah aku rawat. Selepas beberapa bulan di hospital, seorang sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah manakala seorang lagi berakhir dengan kematian.

Apabila bekerja sebagai jururawat, kita dapat melihat hubungan yang erat antara pesakit dengan ahli keluarganya. Tanpa mengira waktu, ahli keluarga pesakit sentiasa ada di sisi dan memberi sokongan moral. Mereka juga turut sama melakukan perawatan dan sangat mesra dengan jururawat. Sebaik saja shift bermula – hourly vital signs, 2 hourly turning, 3 hourly tube feeding, bed bathing, perineal care, ETT or tracheostomy suctioning, serving medication, blood taking, assist doctor, etc.. Kepenatan berdiri dan bekerja yang hanya dapat dirasakan setelah shift berakhir. Sememangnya itu adalah tugas jururawat dan tiada apa yang perlu dihargai kerana gaji dibayar untuk semua itu. Bukan hanya duduk menulis report dan passover.

Walau bagaimanapun, ada juga pesakit yang terlantar di hospital keseorangan dan tiada ahli keluarga yang ingin mengurus mereka. Perasaan takut untuk belajar melakukan perawatan mengatasi rasa kasih dan sayang kepada ahli keluarga sendiri. Di sini, jururawat akan memastikan semua keperluan pesakit terjaga dan melihat mereka dalam keadaan kemas adalah satu kepuasan yang tidak ternilai. Semoga suatu hari nanti, kita tidak keseorangan menghadapi ujian sakit dan kematian. Insya-Allah.

Melihat kakitangan hospital yang lain seperti Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP), pegawai farmasi, pegawai X-ray dan lain-lain membuat aku berfikir “Seronoknya kerja mereka.. dapat duduk, pakai baju cantik, menghadap komputer sambil dengar lagu.” Setiap kali perasaan menyesal menjadi jururawat muncul, fikiran ini akan bermain dalam minda. Astaghfirullahal’azim..

Sebagai peringatan untuk diri sendiri, betulkan niat apabila melakukan kerja. Aku berada di sini untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT. Jaga lidah jangan sampai mengumpat atau menyakitkan hati orang lain. Jaga masa bekerja jangan sampai curi tulang di dalam pantri. Jaga solat dan sentiasa mulakan tugas dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hakikatnya, menerima hadiah daripada pesakit atau ahli keluarga pesakit adalah sesuatu yang jarang berlaku. Syukur kepada Allah SWT atas rezeki yang diberikan di dunia ini. Semoga kita semua mendapat hadiah syurga pula di akhirat nanti. Ameen…

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah mengikut ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”

(Surah Ali-‘Imran 3:145) 

Until we meet again.

May peace be upon you.

~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~

Apa yang Kurang?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Salam Maal Hijrah 1436 H

Segala yang aku miliki sekarang sudah mencukupi. Pekerjaan tetap, duit, rumah sewa, kereta (masih mampu dibayar setiap bulan), kesihatan yang baik, makanan, komputer, telefon pintar, internet, pakaian, medical card, wang simpanan…

So, what?

Semua itu masih tidak cukup untuk membuat aku rasa bahagia. Ada sesuatu yang kurang? Di mana Allah SWT dan Rasulullah SAW di hatiku?

Aku solat tetapi solatku tidak khusyuk. Aku membaca al-Quran tetapi aku tidak mengamalkannya. Aku merasa diriku cukup baik dalam menjaga batas pergaulan tetapi aku menghabiskan masa berjam-jam di Facebook. Fikiranku masih melayang kepada seorang yang aku hanya kenal pada namanya.

Apa yang patut aku lakukan? Lagi persoalan yang jelas aku juga tahu jawapannya.

Bertaubatlah! Perbaiki solat, amalkan al-Quran, kurangkan melayari internet terutamanya Facebook, banyakkan beristighfar dan berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya.

Wake up!

Mungkin ada yang berpendapat aku tidak wajar membuka kelemahan atau aib diriku sendiri. Walau bagaimanapun, ini adalah cara untuk aku lebih mengenali siapa aku sebenarnya. Ia umpama mengeluarkan ketumbuhan yang ada dalam diri, kemudian di hantar ke makmal akal untuk dikaji punca sebenar penyakit hati ini. Keputusannya nanti akan menentukan ke mana harus aku berhijrah selepas ini.

Hakikat kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Surah Al-Baqarah 2:30)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Orthodontic Treatment / Rawatan Orthodontik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

After almost 4 years of treatment and follow-up, I am finally can be discharge from the clinic today. All praise to Allah SWT. So, here I will share with you how the story begin and it’s going to be in Bahasa Melayu.

Sejak sekolah rendah sampai masuk matrikulasi, aku masih mempunyai satu gigi susu yang susah sangat untuk tercabut. Mungkin disebabkan itu, gigi kekal masih tertanam di dalam gusi. “Gigi rongak” – gelaran yang sering aku terima. Bunyinya agak lucu bagi orang dewasa tetapi tidak pada aku. Jururawat Pergigian ada membuat pemeriksaan di sekolah dan memberi temujanji untuk membuat gigi palsu (removable denture). Untuk sementara waktu, gigi aku tidak kelihatan rongak. Sehingga semester ke-2 di matrikulasi, aku sudah tidak dapat menggunakan gigi palsu tersebut kerana gigi kekal sudah mula keluar. Aku mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian kerajaan tetapi malangnya, mereka tidak memberikan rawatan orthodontik selepas umur melebihi 17 tahun.

Sering kali, aku diejek kerana gigi yang rongak. Sedih di hati hanya Allah yang tahu dan aku selitkan dalam doaku “Ya Allah, kurniakan gigi yang sempurna kepadaku”. Apabila aku masuk ke alam universiti, aku berazam untuk mengubah keadaan aku ini. Kebetulan asrama aku berdekatan dengan satu klinik gigi swasta. Pada awal temu janji, doktor gigi itu memberi cadangan iaitu membuat crowning dan bridge. Rawatan ini akan memberi hasil yang cepat iaitu barisan gigi yang teratur dan sempurna. Walau bagaimanapun, ia akan memberi kesan yang buruk kepada gusi pada masa akan datang. Aku membuat keputusan untuk kembali ke asrama dan berfikir terlebih dahulu. Aku kembali untuk kali kedua dan doktor tersebut masih memberi cadangan yang sama, tetapi kali ini dia memberi satu lagi cadangan iaitu rawatan orthodontik. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai kepakaran dalam rawatan tersebut dan merujuk aku kepada doktor pakar yang lain.

Syukur alhamdulillah, klinik doktor pakar tersebut juga tidak jauh dari tempat pengajian aku. Pada hari pertama aku sampai, doktor pakar tersebut agak sibuk dan tidak sempat menemui aku. Aku hanya datang untuk membuat contoh bentuk gigi dan gusi aku. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana rasanya seperti menelan tanah liat. Kali kedua aku datang, aku dikehendaki untuk mengisi borang kaji selidik. Salah satu soalannya, adakah aku ingin membuat rawatan ini kerana kecantikan atau keperluan? Jawapan aku sudah tentu keperluan.

Memandangkan keadaan gigi aku agak serius, doktor pakar menjangkakan ia akan mengambil masa selama lebih kurang 3 tahun. Terdapat 3 pilihan kos untuk membuat rawatan orthodontik. Pilihan pertama masih menggunakan teknologi yang lama dan dawai yang digunakan sangat jelas kelihatan bernilai RM10 000. Pilihan kedua menggunakan teknologi yang baru dan dawai yang digunakkan lebih cantik bernilai RM12 000. Pilihan ketiga bernilai RM14 000 kerana terknologi yang baru dan dawai yang digunakan seolah-olah si pemakai tidak menggunakan dawai besi di gigi. Memandangkan aku masih belajar, doktor pakar mencadangkan aku memilih pilihan yang kedua. Banyak klinik gigi swasta menawarkan harga yang lebih murah tetapi doktor gigi tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam orthodontik. Di Sarawak cuma ada 4 orang doktor pakar perunding orthodontik: 2 di Kuching, 1 di Sibu dan 1 di Miri.

Bermula dari hari itu, aku mengatur temujanji yang seterusnya iaitu membuat scaling dan menutup (simen) mana-mana gigi yang berpotensi untuk berlubang. Simen yang digunakan berwarna putih bukan kelabu yang biasa digunakan di klinik kerajaan. Diikuti dengan temujanji mencabut gigi-gigi yang lain. Walaupun tidak buruk tetapi perlu dikorbankan untuk rawatan orthodontik nanti. Sedih… rongak lagi. Pengalaman mencabut 3 batang gigi di hadapan tidak menyakitkan jika dibandingkan dengan minor dental surgery yang melibatkan gigi geraham yang berada di hujung sekali (wisdom tooth). Pipi dan gusi akan membengkak dan temu janji seterusnya adalah untuk mencabut jahitan pada gusi. Kos rawatan di atas tidak termasuk dalam RM12 000. Jumlah keseluruhan lebih kurang RM 13 000 tidak termasuk kos pengangkutan ulang-alik setiap kali rawatan. Aku tidak meminta wang dari sesiapa pun termasuk ahli keluarga sendiri. Pelaburan yang aku tanggung sendiri.

Apabila braces telah dipasang, aku diberi pilihan untuk memilih warna doughnut, power chin dan elastic band. Setiap kali minggu berganti bulan, dawai dan aksesori tersebut akan diganti dan diketatkan. Sehingga semua gigi menjadi rapat semula dan proses ini mengambil masa 3 tahun. Antara makanan yang tidak boleh di makan dalam masa 3 tahun ini:

  • Kekacang
  • Burger
  • Chewing gum
  • Gula-gula
  • Air minuman berkarbonat (mesti guna straw kalau nak minum)
  • Bahagian ayam yang mempunyai banyak tulang (cth. kepak ayam)
  • Semua jenis makanan yang keras (mesti potong kecil-kecil kalau nak makan juga)

Selepas makan kenalah berus gigi dalam masa tidak kurang dari 15 minit. Sebabnya sisa makan yang melekat pada besi dan dawai itu menggalakan pembentukan bakteria. Ada 2 jenis berus gigi khusus untuk braces dan ada teknik yang aku tidak dapat ceritakan di sini. Hehehe…

2014-09-03 20.46.15

ORTHO-CARE : Put your removable retainer inside this box.

Proses debonding akan dilakukan selepas gigi berada dalam kedudukan yang diinginkan. Braces akan digantikan dengan bonded retainer dan removable retainer. Bonded retainer akan kekal selama-lamanya melainkan sesuatu terjadi pada gigi aku. Manakala removable retainer pada awalnya perlu digunakan setiap hari kecuali waktu makan. Kemudian, setiap malam sahaja. Bermula dari hari ini, aku hanya perlu memasang removable retainer pada waktu malam seminggu sekali sehingga ke akhir hayat (melainkan sesuatu terjadi). Nasihat aku kepada sesiapa yang ingin menggunakan braces:

  • Tanya diri sendiri adakah braces itu untuk keperluan atau kecantikan?
  • Cari doktor yang pakar dalam rawatan orthodontik kerana gigi anda boleh menjadi jarang, jongang, atau sebaliknya jika tidak ditangani dengan betul.
  • Kalau hendak cantik jangan menyusahkan orang lain. Tetapi kalau duit berkepuk-kepuk teruskan niat anda.
  • Sediakan budget yang cukup dan anggap braces ini sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang.
  • Disiplinkan diri dan rajin-rajin berus gigi.
  • Dengar nasihat doktor anda.

Alhamdulillah… satu lagi doa aku telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Sungguh benar!

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia Mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya: “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.”

(Surah Yasin 36:82)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Coup de foudre

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Dear readers, how are you? I hope everybody are doing great and so do I here. This post will be more or less about love at first sight. Do you believe on it? Recently, I just finished reading a story book entitled Terukir Cinta – Anna Lee. Such a sweet gentleman when he know about what he need and working very hard to achieve it.

(^.^)

Back to reality, I guess it’s time to stop dreaming and looking forward for the future. I never stop falling in love with my career as a nurse but my beloved grandmother a.k.a Mama Tua really hope that I one day I will become a doctor. She always imagine that I can open up a clinic and work together with my brothers and sister. I will treasure your dream mama.

2011 – I obtained my first Bachelor of Nursing with Honours.

2012 – I got the chance to work in private sector and then move on to government sector.

2013 – I bought my own car.

2014 – ?

Alhamdulillah, my dream of working in Intensive Care Unit since I’m in nursing school become true this year. In order to take post-basic in Intensive Care Nursing, I have to follow the seniority and wait for few years. Only after that, I can plan for further study – work as a lecturer and continue practicing. Insya-Allah.

Although I have everything around me but seems like there is something lack if-you-know-what-I-mean.Probably because when we see our friends getting married and having children, we tend to feel jealous for good reason. Hmm… Another 4 years before my age reached 30’s. Let’s pray for the best.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”

(Surah Ar-Rum 30 : 21)

NB: Keep pray for MH370.

Until we meet again.

May peace be upon you.