searching for my own meaning of life

Posts tagged ‘family’

Career vs Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

14380504_M

Family always come first

“When your so-called bosses ask you to sacrifice your Hari Raya leave just because you have a degree… Are you going to say “Saya Menurut Perintah”?

Begitulah status Mukabuku yang aku paparkan pada 3 Julai 2015. Kesudahannya, aku mengambil keputusan “Saya TIDAK Menurut Perintah”. Aku tidak akan menyesal dengan keputusan yang diambil walaupun terdapat banyak pihak tidak berpuas hati.

Raya pertama: Rumah terbuka – penat berdiri cuci pinggan mangkuk kuali gelas cawan sudu garfu

Raya kedua: Ziarah rumah kenalan ibu bapa di Batu Niah dan Similajau dari pagi sampai ke malam

Raya ketiga: Membantu persiapan rumah terbuka pak cik

Raya keempat: Pagi buat Jalan Kotek, petang ziarah rumah pak cik

Raya kelima: Orang lain pergi ke Miri, aku macam biasa duduk kemas rumah

Raya keenam: Bawa kanak-kanak riang jalan-jalan di Tanjung Batu. Lepas itu, family dinner gathering

Raya ketujuh: Pagi-pagi jungle trekking di Taman Negara Similajau. Petang itu marathon guna kereta pergi lapangan terbang

Raya kelapan: Memenuhi permintaan orang sebelum balik KL – cari kek lapis, tebaloi dan hantar pergi ke lapangan terbang

Raya kesembilan: Cuci kereta dan buat Kek Ho Ho Holiday

Raya kesepuluh: Cuti sudah habis. Kena balik Berkhidmat Untuk Negara

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, syukur kami sekeluarga dapat berkumpul di kampung. Aku juga berpeluang untuk bertemu dengan anak buah yang hampir mencecah 1 tahun. Walaupun mereka pernah datang beberapa kali tetapi disebabkan faktor kerja, aku terlepas peluang itu. Kepada sesiapa yang masih ada ibu bapa, datuk nenek, pak cik, mak cik, sepupu, anak buah… gunakan masa yang ada untuk mengeratkan sillaturrahim. Insya-Allah ada keberkatan di situ.

Jika aku memilih untuk menurut perintah, aku kena kembali ke hospital pada raya keenam hingga raya kelapan untuk memberi ceramah berkaitan dengan denggi hanya kerana aku memiliki ijazah dan gred U41. Aku rasa orang lain pun boleh buat. Janji mereka cuti aku boleh diganti dengan hari yang lain. Persoalannya, siapa dapat menjamin “hari lain” itu sama seperti suasana hari raya di samping keluarga?

~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~

Advertisements
%d bloggers like this: