searching for my own meaning of life

Posts tagged ‘Islam’

Yanbu

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019 – Pesta yang hanya berlangsung sekali dalam setahun di Yanbu, Arab Saudi. Kali ini ia diadakan dalam bulan Mac dan syukur kepada Allah SWT kerana aku diberikan kesempatan untuk hadir. Banyak dugaan yang aku tempuhi untuk sampai di pesta ini. Bermula dengan ketiadaan sahabat untuk turut serta, kematian ibu kepada ketua rombongan ini yang menyebabkan tiada pengganti dan kebarangkalian aktiviti dibatalkan.

Yanbu

Benarlah! Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan. Alhamdulillah, pada saat-saat akhir pihak hospital bersetuju untuk meneruskan aktiviti ini pada 2 Mac 2019 yang lalu. Bayaran yang dikenakan untuk pengangkutan dan sedikit makanan ringan sebanyak SAR65 seorang. Kami bertolak seawal jam 8.30 pagi dari Jeddah dan tiba di Yanbu pada jam 12 tengah hari. Walau bagaimanapun, kawasan pesta telah ditutup untuk solat Zohor dan hanya akan dibuka pada jam 4 petang. Kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat jamak Zohor dan Asar di Danaa Mall.

Youth Beach Yanbu

Memandangkan kami masih mempunyai banyak masa terluang, ketua rombongan bersetuju untuk membawa kami ke kawasan pantai (Youth Beach) dan menyewa bot selama setengah jam. Bayaran yang dikenakan berbeza mengikut saiz bot. Masya-Allah, langit yang membiru, angin yang dingin, dan udara yang segar membuka minda aku. Siapa sangka kita boleh menikmati semua ini di Arab Saudi yang terkenal dengan cuaca panas dan padang pasir. Jauh perjalanan luas pemandangan!

Boat ride

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami berada di tapak pesta bunga pada waktu Asar hingga Maghrib. Masa yang diberikan sangat terhad kerana kami perlu bertolak pulang dan tiba di hospital jam 10 malam. Untuk mendapatkan gambar panorama yang cantik, aku sarankan untuk pergi pada waktu pagi kerana pengunjung sangat ramai pada waktu petang.

Site map

Kunjungan ke Yanbu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019

Milik Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Surah Luqman 31: 26)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Advertisements

Madinah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Madinah Al-Munawwarah – Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk menziarahi kota yang bercahaya ini setelah berada di Arab Saudi lebih dari satu tahun. Disebabkan kekangan masa dan komitmen kerja, aku sering terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti ziarah yang dianjurkan oleh pihak hospital. Bas disediakan dengan yuran pendaftaran sebanyak SAR100 untuk 3 hari 2 malam. Perkongsian aku kali ini khusus untuk jururawat muslimah yang pertama kali menziarahi Masjid Al-Nabawi, Masjid Quba’ dan Jabal Uhud.

Masjid Al-Nabawi

Sebelum tarikh bertolak, pastikan anda telah menempah hotel berdekatan dengan Pintu 24 hingga Pintu 30 yang merupakan pintu masuk Masjid Al-Nabawi untuk muslimah sahaja. Al-Haram Hotel, Dallah Taibah, The Oberoi Madina, Dar Al Taqwa Hotel Madinah adalah antara hotel yang berdekatan (guna Google Maps untuk dapatkan lokasi sebenar). Setiap hotel menawarkan harga yang berbeza untuk satu malam dan biasanya penuh dengan jemaah yang melakukan ibadah umrah. Oleh itu, jangan cuba buat kerja gila dengan terjah pintu hotel. Aku guna aplikasi Agoda untuk menempah hotel. Waktu daftar masuk/keluar hotel paling lewat adalah jam 2 petang.

Gate for Muslim Sister

Di Masjid Al-Nabawi, terdapat pondok pengawal dan papan tanda khusus untuk laluan muslimah sahaja. Di luar kawasan masjid, kita dapat melihat banyak selipar dikumpul di pintu pagar kerana kebarangkalian untuk kehilangan kasut atau selipar adalah tinggi. Jadi, sediakanlah bag plastik kecil jika anda ingin solat di bahagian dalam masjid. Sebelum memasuki masjid, beberapa pengawal keselamatan wanita akan memeriksa bag anda. Demi menjaga kebersihan dalam masjid, barang-barang seperti botol kosong yang besar, makanan mentah dan barang permainan kanak-kanak tidak dibenarkan bawa masuk.

Inside Masjid Al-Nabawi

Di dalam kawasan masjid, tidak semua kawasan mempunyai karpet merah. Saf paling hadapan biasanya akan penuh satu jam sebelum masuk waktu solat fardhu. Aku sarankan bawalah sejadah selalu kerana kita tidak akan pernah tahu di mana kita akan solat. Di sebelah kiri masjid, terdapat kawasan khusus untuk muslimah yang membawa anak-anak kecil bersama mereka.

One step closer to Rawdah

Pintu masuk untuk ziarah makam Rasulullah S.A.W. dan kawasan Rawdah akan dibuka selepas solat fardhu Subuh dan Isyak. Berdasarkan pengalaman aku baru-baru ini, terdapat tiga pintu masuk untuk ziarah dan muslimah akan berkumpul di hadapan pintu. Pada pandangan aku, tidak perlu bersesak-sesak di hadapan pintu itu kerana kita tidak tahu pintu mana yang akan dibuka terlebih dahulu. Pada waktu pagi, kawasan menunggu untuk ziarah akan ditutup sekitar jam 9 pagi dan ziarah hanya dibenarkan sehingga jam 11 pagi. Pada waktu malam pula, masa ziarah lebih panjang hingga hampir tengah malam. Untuk solat di kawasan Rawdah, kesabaran kita akan diuji dengan hebat baik golongan tua atau muda. Nasihat aku, sesiapa yang masih mempunyai kudrat dan tenaga rebutlah peluang untuk melakukan ziarah.

Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung, pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya, sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai makhluk pilihan Allah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga Hari Kiamat. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sama sekali.

Setelah solat fardhu Zohor dan daftar keluar dari hotel, berusahalah untuk kekalkan wuduk anda kerana kita akan solat sunat di Masjid Quba’. Masjid yang pertama dibina dalam sejarah Islam. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud” “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.”

Masjid Quba’

Jabal Uhud – antara kawasan penting dalam sejarah Islam. Gunung Uhud adalah yang terbesar di Madinah dan bukit kecil yang kita ziarahi sekarang adalah kawasan di mana peperangan sengit berlaku. Di sini juga terdapat Masjid Jam`eh Sayed Al Shohada.

Jabal Uhud

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah menang dengan dua kali ganda daripada musuh-musuh kamu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri.” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah dan agar Allah mengetahui orang yang (benar-benar) beriman.

(Surah Ali-`Imran 3: 165-166)

Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Mereka bergembira dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah. Dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beriman.

(Surah Ali-`Imran 3: 169-171)

Karpet Hijau Rawdah – Taman Syurga

Until we meet again.

May peace be upon you.

Taif

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujang di tengah hari. Begitulah cuaca di Arab Saudi ini. Panas, berangin, hujan dan sejuk sentiasa silih berganti. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang untuk aku terus mencari rezeki dan dalam masa yang sama berkesempatan melawat beberapa kawasan yang menarik di Taif. Aktiviti lawatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Jadi, tiada masalah berkaitan keselamatan. Bayaran pendaftaran cuma SAR50.

Taif

Tempat yang terkenal dengan kawasan sejuk dengan suhu mencecah 16-17°C. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Jeddah. Di kawasan atas bukit, buah-buahan seperti strawberi, buah delima, anggur, dan tumbuh-tumbuhan seperti kaktus ada dijual. Kebanyakkan penjual faham Bahasa Melayu dan terpulang kepada kita tawar menawar untuk mendapatkan harga yang murah.

Bunga-bunga di negara padang pasir

Kemudian, kami di bawa ke Kilang Rashid Al Qurashi. Pengunjung terlebih dahulu dijemput untuk minum air teh mawar percuma sebelum mendengar taklimat berkaitan pemprosesan air mawar. Pelbagai produk berasakan air mawar juga dijual seperti minyak wangi, bedak, lotion dan sebagainya. Anggaran harga SAR50-SAR70 setiap satu.

Bride Rose Water Number One

Aktiviti riadah turut disediakan di beberapa kawasan pasir di Taif. Bayaran yang dikenakan untuk menunggang unta, kuda atau keldai ialah SAR10 untuk setiap haiwan. All-Terrain Vehicle (ATV) turut disediakan dengan bayaran SAR25 untuk 15 minit. Kepada para wanita, pastikan anda memakai seluar panjang disebalik jubah.

Kuda ku lari gagah berani… lalala

Telefric Taif – terkenal dengan kereta kabel dengan bayaran SAR84 dan kemudahan riadah lain seperti Toboggan SAR42. Subhanallah, kawasan yang sangat sejuk dengan pemandangan yang sangat cantik. Tiket untuk menaiki kereta kabel akan diberikan di kaunter pembayaran sebagai pas masuk dan keluar. Jangan hilangkan! Sesiapa yang inginkan pengalaman menaiki roller-coaster dengan kawalan tangan sendiri, boleh cuba Toboggan.

Telefric

Toboggan

Siang

Malam

Kepelbagaian budaya dan etnik Arab dapat dilihat walaupun aku cuma berada di Taif dalam masa satu hari. Pakaian dan warna kulit mereka juga berbeza jika dibandingkan dengan Arab di Jeddah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Insya-Allah, jika masih dikurniakan ilham untuk menulis, aku akan bercerita tentang pengalaman berada di Makkah dan Madinah pula.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

(Surah Al-Baqarah 2: 164)

Until we meet again.

May peace be upon you.

The GOLD & BLUE Personality

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

This is a just a random post from me. There are so many story to tell but I find it very hard to express in sentences. Too much thinking I guess? Anyway, back to the real topic, there is a website called Muslim Personality and I tried to take the test one more time but it keep on saying server error. Luckily, I still keep some of the information in my laptop and I will share with you guys here.

Honestly, I was really impressed with the result. My Muslim Personality is gold and 59% of my ideal match is blue.

The GOLD Personality

  • Avoids conflict
  • Caring
  • Compassionate
  • Confident
  • Considerate
  • Dependable
  • Independent
  • Leader
  • Nurturing
  • Patient
  • Productive
  • Punctual
  • Responsible
  • Self-motivated
  • Team-oriented
  • Tolerant
  • Understanding

The BLUE Personality

  • Accepting
  • Caring
  • Compassionate
  • Dependable
  • Efficient
  • Friendly
  • Good listener
  • Helpful
  • Leader
  • Loyal
  • Nurturing
  • Patient
  • Responsible
  • Supportive
  • Team-oriented
  • Thoughtful
  • Understanding

Less Like My Personality

  • Care-free
  • Charismatic
  • Charming
  • Creative
  • Exciting
  • Flexible
  • Fun
  • Happy
  • High standards
  • Indirect
  • Intimate
  • Outgoing
  • Playful
  • Risk-taker
  • Sociable
  • Spontaneous
  • Witty

There is a saying stated that it is better to get married late, rather than married to a wrong person. I am strongly agree with that. However, the struggle to find the ideal match is real. I did ask few Malaysian men regarding their opinion on long-distance relationship. Do they willing to be separated for few months right after marriage? Most of them feel reluctant about it.

Now I am wondering, should I sacrifice my career for another chapter in my life?

 

Greetings from The Holy Mosque – Makkah

“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya”

(www.darussyifa.org)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Ramadhan Kareem!

Happy Birthday to Me!

Eid Mubarak!

Alhamdulillah… banyak perkara yang penting berlaku dalam hidup aku dalam bulan Jun ini. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman berpuasa dan sambutan hari raya di Arab Saudi. Untuk pengetahuan semua, di sini cuma ada 3 cuti umum:

  • Hari Raya Aidilfitri : 7 hari bermula 28 Ramadhan
  • Hari Raya Haji: 10 hari bermula 5 Zulhijjah
  • Hari Kebangsaan: 23 September setiap tahun

Memandangkan aku tidak berapa faham bahasa Arab, cara aku mengetahui bila 1 Ramadhan bermula adalah dengan bertanya kepada rakan sekerja Muslim yang berasal dari negara Jordan. Kebiasaannya pengumuman puasa akan dibuat di saluran TV. Untuk lebih kepastian, aku follow Arab News dalam laman sosial untuk mendapatkan berita semasa.

Apabila bulan Ramadhan bermula, jadual bekerja kakitangan awam dan swasta akan bertukar kepada 6 jam sahaja. Mereka yang bekerja di pejabat akan mula beroperasi pada jam 10 pagi dan tutup lebih awal. Kedai makan pada siang hari semestinya tutup dan hanya dibuka ketika hampir waktu berbuka puasa. Tutup sekejap waktu solat Isyak dan dibuka semula hingga awal pagi.

Sesiapa yang ingin menziarahi kota Makkah, aku cadangkan untuk pergi pada waktu pagi kerana kurang sesak. Kawasan Masjidil Haram apabila hampir waktu Maghrib akan dipenuhi dengan kereta. Oleh itu, kena rancang perjalanan agar sempat solat berjemaah. Soal makanan dan minuman jangan risau, kerana sentiasa ada hamba Allah SWT yang akan mengagihkan minuman, buah kurma dan roti.

Zakat Fitrah

Nafa Charity Foundation Makkah Al-Mukarrama Region

Seterusnya, rukun Islam yang perlu kita tunaikan dalam bulan puasa ini adalah zakat fitrah. Zakat fitrah boleh dibayar kepada mana-mana badan kebajikan dalam bentuk kad kredit atau debit sahaja. Tiada transaksi secara tunai dibenarkan. Bagi aku cara ini bagus untuk mengelakkan penyelewengan duit zakat itu. Di Jeddah, kadar zakat fitrah adalah sebanyak SAR16.

Selesai sudah ibadah puasa dan zakat fitrah, hari raya pun tiba. Jam berapa solat sunat Aidilfitri bermula? Aku pun tidak tahu. Ada peluang nanti aku cuba siasat. Pada 1 Syawal aku kena bekerja, jadi tahun ini tiada baju raya baru. Pakai uniform dan temankan pesakit di hospital. Huhuhu… Raya ke-3 dan ke-4 baru dapat cuti.

Di bulan Syawal yang mulia ini, aku ingin mengucapkan taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga ibadah aku dan kamu sepanjang bulan Ramadhan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Harap kita semua dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang.

Kepada semua pembaca blog aku, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jika ada salah dan silap dalam penulisan aku, bolehlah tegur dan aku akan cuba untuk memperbaikinya. Selagi masih diberikan kekuatan dan ilham untuk menulis, aku akan terus berkongsi pengalaman hidup aku sebagai jururawat di perantauan ini.

P/S: Sempena bulan kelahiran aku ini, doakan semoga Allah SWT murahkan rezeki aku selalu dan cepat bertemu jodoh yang terbaik untuk diriku. Ameen…

“Dan barangsiapa mengerjakan amal-amal yang soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka dia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil (terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya”

(Surah Taha 20: 112)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Chapter #6 Part 5: SCFHS

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Happy Teachers Day!!!

Alhamdulillah, finally I got my Saudi Council a.k.a Saudi Commission For Health Specialties (SCFHS) Registration and Accreditation Certificate. It took 9 months to complete the procedure and the most nerve-wrecking process we have to endure as a non-Saudi practitioner.

Why is it very important? The certificate is actually our Registration Licence to practice as a nurse in KSA. Without the licence, we cannot apply for Iqama/Residence Permit. One of the requirement to apply to the SCFHS is we must have a valid Basic Life Support (BLS) Certificate. Prior to that, we must have a verification result from DataFlow Group and pass the Prometric Exam.

Moreover, the purpose of verification is to ensure that health practitioners can practice health profession competently and safely, free of practitioners holding fraud and forgery certificate. Make sense right!

Total cost: DataFlow Group (SAR800) + SCFHS Accreditation and Registration Fee (SAR600 + SAR200 + SAR160) + Prometric Exam (USD239)

Specialty: Nursing Technician

This year the procedure is very complicated as SCFHS just implement the online application system. My advice to you – Be patient! Sooner or later, we will get the certificate insya-Allah.

P/S: Ramadhan Kareem 1439H!!!

“Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” 

(Surah Al-Baqarah 2: 183) 

Until we meet again.

May peace be upon you.

Chapter #6 Part 3: Prometric Exam and First Vacation

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Alhamdulillah, I passed my 3 months probation period and another 3 months I was struggling to settle my expired visa, apply for Iqama and Saudi Council. Just for you information, nurses from Malaysia now have to sit for Prometric Exam. Once payment in Saudi Riyal through SADAD has been done, an eligibility number will be email to us and we have to book for Prometric Exam no later than 3 months of our application date. To book for the exam, go to https://securereg3.prometric.com and follow the instruction. At the end of it, we have to pay USD239 via credit card. Please be reminded that not all date are available for the exam.

The Prometric a.k.a. Saudi Licencing Examination is a computer based exam and there are total of 150 multiple choice questions. We have to answer 75 questions within 1 hour and 30 minutes, 15 minutes break, another 75 questions within 1 hour 30 minutes. The topics covered are Fundamental of Nursing, Medical, Surgical, Maternity, Pediatric, Critical Care, Psychiatric, Community Health, Leadership and Management, and Research. At the end of the exam, we will be informed whether we passed or failed. The question is almost like Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) exam. To prepare for the exam, I highly recommend my colleagues to answer practice questions at this website https://nurse.plus

After 6 months in KSA, it’s time to go home for my first vacation. I got 5 weeks of annual leaves and it was the longest leaves I ever had in my nursing career. Travelling from Bintulu – Sibu – Kuching and vice versa by flights and cars. Indeed, it was a memorable experience. My mother always asked when I will go home again?  I do not have the answer. Probably after 6 more months, Insya-Allah.

Home sweet home

Separated from my friends and family members while working abroad, feeling lonely and isolated. Those are the sacrifices I have to do in order to earn for a good living. Be strong Syahirah. You can do it! 

Until we meet again.

May peace be upon you.

%d bloggers like this: