searching for my own meaning of life

Archive for the ‘Dapurku Berasap!’ Category

Bingka Keju

Bingka Keju

Bahan-bahan:

250g mentega FarmCow
1 kotak kecil keju Philadelphia
4 biji telur ayam
1/2 tin kecil susu pekat manis F&N
1 gelas gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 paket kecil agar-agar jernih dilarutkan dengan 3 gelas air
1 1/2 gelas tepung gandum
Pewarna kurning telur

Cara membuat:

Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur ayam satu persatu, susu pekat manis, esen vanila dan keju Philadelphia. Campurkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Cairkan agar-agar dengan 3 gelas air (600ml) dengan api sederhana. Apabila agar-agar telah larut, campurkan dengan adunan dan masukkan sedikit pewarna kuning telur. Masukkan ke dalam dulang yang telah disalut mentega dan tepung. Bakar dalam ketuhar menggunakan api atas bawah lebih kurang 55 minit atau masak sehingga permukaan atas keperangan.

 Good luck

(^.^)

Advertisements

Shepherd Pie

Shepherd Pie

Bahan-bahan:

Ubi kentang
Daging lembu cincang
Bawang besar
Bawang putih
Tomato puri D’Chef
Susu cair
Lada putih
Slice cheese
Cheddar cheese
Origano (optional)

Cara membuat:

Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Rebus ubi kentang dan campur sedikit garam. Apabila sudah masak, keluarkan ubi kentang dan lenyek dalam besen. Campur sedikit lada putih, garam secukup, dan susu cair. Pastikan ubi kentang tidak terlalu kering atau cair. Gaul rata dan ketepikan. Bilas daging cincang dengan air bersih. Panaskan kuali dan masak daging cincang hingga airnya berkurangan. Tidak perlu letak minyak sebab daging dan tomato puri nanti akan berminyak. Apabila daging cincang sudah kering, masukkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Gaul rata kemudian masukkan bawang besar yang juga telah dipotong dadu. Setelah bawang besar masak dan layu, masukkan tomato puri dan tambah garam dan oregano secukup rasa. Lapis bahagian bawah bekas aluminium dengan daging cincang, lapisan kedua dengan slice cheese, lapisan ketiga ubi kentang, dan lapisan atas cheddar cheese yang telah diparut. Bakar di dalam oven dengan api atas bawah sehingga cheese bertukar menjadi warna keperangan.

(P/S: Kuantiti bahan-bahan aku tak dapat letak sebab semuanya agak-agak jak bah! Harap maaf). 

 Good luck

(^.^)

Cheese Cake

Non-baked Cheese Cake

Bahan-bahan:

250 g cream cheese Philadelphia
1/2 tin kecil susu pekat manis F&N
1 sudu esen vanila
1 bungkus biskut saltcheese Khong Guan
1 kotak cheddar cheese Bega

Cara membuat:

Pukul cream cheese Philadelphia hingga keputihan. Kemudian masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul hingga sebati. Lapis permukaan bekas plastik dengan adunan. Parutkan cheddar cheese dan susun biskut saltcheese sehingga penuh. Lapis dengan adunan sekali lagi, parutan cheddar cheese dan biskut. Ulang setiap lapisan sehingga adunan habis. Ketebalan adunan cuma agak-agak jak asalkan lapisan biskut tertutup habis. Biskut tidak perlu ditekan. Simpan dalam peti sejuk dan biarkan semalaman.

 Good luck

(^.^)

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak versi Hera

Laksa Sarawak for Newbie

Bahan-bahan:

2 Liter air
1 ketul dada ayam
600 gram udang
2 batang serai
400 gram pes laksa Sarawak Hj Manan (satu paket 200 g)
2 biji kiub pati ayam
500 ml santan kelapa
Garam dan aji-no-moto
4 biji telur ayam
Tauge
Limau kasturi
Daun sup

Cara membuat:

Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih masukkan dada ayam yang telah dipotong. (Aku percaya dengan prinsip the smallest the surface area, the shortest time it takes to cook). Apabila isi dada ayam sudah masak dan tidak kemerah-merahan, toskan dan ketepikan dulu. Kemudian, masukkan udang yang telah dibuang kulit dan tahinya. (Kalau tidak buang awal-awal nanti waktu makan sangat leceh). Masak sehingga kemerahan, toskan dan ketepikan. (Waktu ini kita akan lihat air dalam periuk telah berkurangan tetapi jangan panik!). Masukkan serai yang telah diketuk, pes laksa Sarawak dan kiub pati ayam. Biarkan air mendidih terlebih dahulu baru masukkan santan kelapa. Campur garam dan aji-no-moto secukup rasa. Tadaaa.. kuah laksa Sarawak sudah siap.

Pukul telur dan goreng dadar dalam non-sticky pan. (Lapisan jangan terlalu tebal). Bahagi kepada 3 bahagian dan potong memanjang. Dada ayam tadi diracik-racikkan. Bi hoon dicelur dalam air mendidih dan toskan. Sayur tauge juga dicelur dan toskan. Jangan biarkan terlalu lama nanti lembik.

Cara menyediakan:

Sediakan mangkuk untuk hidangan satu orang. Masukkan bi hoon, telur goreng yang telah dipotong, ayam yang telah diracik, udang 3-4 ekor, tauge, daun sup. Pastikan kuah laksa Sarawak tadi sudah panas dan mendidih sebelum disiram ke dalam mangkuk. Letak perahan limau kasturi dan sedia untuk dimakan. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan doa makan.

P/S: Sebenarnya ada lagi bahan-bahan untuk membuat sambal belacan. Tetapi aku tidak sertakannya kali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

 Good luck

(^.^)

Selamat Hari Malaysia 2015

Kuih Sawella

Kuih Sawella aka Isabella

Kuih Sawella aka Isabella

Bahan-bahan:

Kelapa muda yang di parut
Tepung pulut (2 paket)
Tepung beras (1/2 paket)
Air suam
Gula Melaka + Gula pasir

Cara membuat:

Gaul kelapa muda yang telah diparut dengan tepung pulut. Masukkan tepung beras dan gaul rata. (P/S: Semakin banyak tepung beras, semakin keras kuih nanti. Jadi, jangan letak terlalu banyak). Bentukkan adunan seperti di dalam gambar. Cairkan gula melaka dan masukkan gula pasir sedikit. Masak gula sehingga tidak putus-putus. Kemudian, barulah masukkan adunan yang telah dibentuk tadi.

 Good luck

(^.^)

Syukur Selalu 1436H

Apam Susu

My 1st Attempt

Apam Susu

Bahan-bahan:

4 biji telur ayam gred A
1 cawan gula pasir
1 sudu makan ovelet
1/2 tin kecil susu pekat manis
1 sudu baking powder
1 sudu esen vanila
2 cawan tepung gandum
Pewarna

Cara membuat:

Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan ovelet, susu pekat manis dan baking powder. Pukul hingga semua adunan sebati dan kembang. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Bahagi kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna mengikut cita rasa. Sapukan acuan dengan mentega. Tuangkan adunan satu per satu. Kukus sehingga masak.

 Good luck

(^.^)

Happy Labour Day 2015

Kek Kejuku

2014-07-04 21.53.52

Not-so-cheesy cheese cake by Hera

Bahan-bahan:
5 biji telur
100g gula halus
250g krim cheese
250g mentega
225g tepung gandum
2 sudu makan gelatin + 2 sudu air panas
1 tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil serbuk penaik
Coklat cips (hiasan)

Cara membuat:
Pukul gula, mentega dan krim cheese sehingga kembang. Masukkan susu pekat manis kemudian telur satu persatu. Masukkan esen vanilla, serbuk penaik dan gelatin. Gaulkan dengan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan coklat cips. Sapu acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung untuk mengelakkan kek melekat. Kukus sehingga masak lebih kurang 2 jam.

 Good luck

(^.^)

Ramadhan Kareem 1435H

%d bloggers like this: