searching for my own meaning of life

Archive for the ‘Kembara ❤ Aku’ Category

Inilah Haji Yang Terakhir

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Setiap kali musim haji, akan muncul satu perasaan yang orang lain pergi haji tapi aku yang excited 😅. Kalau tengok orang berdoa di Arafah, jadi auto-sebak pula 🥺. Oleh sebab itu, aku cuba untuk membantu siapa-siapa yang pertama kali mengerjakan ibadah haji untuk buat yang terbaik.

Alhamdulillah, selepas mendapat izin Ustaz Musthafa Mu’adz Bin Mohammad Masruh, Ustaz Johari Abdul Wahab dan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Di sini, aku kongsikan rakaman kelas haji dan tazkirah/pengisian tentang Before, During and After Hajj.


Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah. Rasulullah SAW bersabda, “Haji yang mabrur tiada balasan baginya kecuali syurga”.

Kepada semua pembaca, doakan kami semua mendapat haji yang mabrur (hajjan mabruuro), usaha yang di terima (wa sa’yan masykuuro) dan dosa-dosa yang diampuni (wa dzanban maghfuuro) oleh Allah SWT. Aamiin…

Ibadah haji adalah perjalanan menuju Allah SWT. Muhasabah diri adakah ketaatan yang kita lakukan ketika haji masih berterusan? atau kembali sedia kala? atau semakin kurang daripada apa yang ada sebelum menjadi tetamu Allah?

Antara tanda² haji mabrur dia menjadi lebih baik daripada dirinya yang sebelum dari sudut melakukan taat dan meninggalkan maksiat, memperbanyak pahala dan menjauhkan diri daripada dosa.

✅ Tutup aurat dengan sempurna
✅ Solat 5 waktu dipelihara awal waktu
✅ Tidak tinggalkan solat sunat Rawatib
✅ Tidak tinggalkan bacaan Al-Quran
✅ Jaga solat sunat Dhuha
✅ Jaga solat sunat Witir
✅ Bawa tasbih gerakkan tangan dan lidah untuk berzikir mengingati Allah
✅ Baik dan santun dalam berbicara
✅ Tinggalkan sesuatu yang tiada kaitan dengan diri
✅ Memberi makan kepada orang

Ustaz Ahmad Salahuddin Harun – Bicara Adab IKIMfm

MENGEKALKAN KEMABRURAN HAJI

Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang bantu mempersiapkan keperluan seorang yang melaksanakan haji atau menggantikan tempatnya memerhatikan keluarganya… untuknya seperti pahala orang yang pergi melaksanakan haji tersebut, tanpa dikurangkan sedikitpun dari pahala-pahala mereka.”

(Riwayat Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya 1930. Al-Albani juga menilai hadis ini sebagai Sahih)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Welcome 2023!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Happy new year 2023 to all my readers! – I know it’s kind of late as we already in the middle of March. I’m so sorry for the long hiatus. Last year was a little bit challenging to me. I was being tested with something that I cherish and value the most i.e. family members, co-workers and friends.

If you know me personally, you knew how much I rant about my work on my WhatsApp Status last year. I guess that is what we called as a transition period of novice nurse to junior nurse to senior nurse. At first 5 years, everything looks beautiful and I just follow orders. After that, I started to learn people’s true personality and brave enough to voice out my opinion.

Therefore, I decided to stop complaint about my life and appreciate every little things that happen. I just want to become a better person that can benefit my family and the society.

Yesterday, I was being diagnosed with COVID-19 positive and mandated to self-quarantine for 5 days. In shaa Allah, I will try to write more post about my not-so-fancy life experience.

Please pray for my speedy recovery 🤲.

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ، رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ، أَنْ يَشْفِيَكَ [سَبْعَ مَرَّاتٍ]

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya, menyembuhkan engkau. (7 kali)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

(Surah Al-Insan 76:2)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Hi 2022!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Happy new year 2022 in advanced to all my readers!

Subhanallah… In less than a month, we are going to end the year 2021. I just realised that I did not post anything about my new year resolution for year 2021 and thanks to COVID-19. I also have been away from Malaysia for the past 2 years. Hopefully, I manage to balik kampung this time.

For year 2022, I keep on thinking what are the things that I need to achieve? I repeatedly telling myself I do not want to work at bedside for the rest of my life. It’s already my 10th years in service and half of the years I spent at critical area. Yet, I did not have any certification to validate my knowledge and experience. Instead of aiming for Advanced Diploma aka Post Basic, I will figure out a way to do Master of Advanced Nursing Practice (Critical Care) at IIUM. Wish me all the best 👍

I’m not sure if this is a superstitious thingy, but number ‘4’ is always be a turning point in my life. When I was in Form 4, I suddenly had loss interest in studying. The subjects like Add Math, Physics, Chemistry, and Biology does not make any sense to me. Then, same thing happened when I was in Year 4 nursing student. I used to be a very curious person but I stop asking why to the Lectures or Clinical Instructors. Moreover, I ended up my career with KKM during my 4th year in service. Now, I already working for 4 years in Saudi Arabia. I’m eager for a new adventure and move out from this comfort zone.

People said, “Yallah, get married”. Well, it’s not easy as it saying. Everybody facing different trials and tribulations in life. I’m might be success in terms of career but for finding my Imam, I’m still trying to find the right one. Again, wish me luck 😉

Let’s begin our new year with the end in mind! 

Allahlah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap dan membentukmu, lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Demikianlah Allah, Tuhanmu, Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam.

(Surah Al-Ghafir 40:64)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Part 3 Hajj In Peace and Security 2020 M/1441 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Itulah takbir yang biasa kedengaran pada hari raya. Walau bagaimanapun, takbir ini dan bacaan talbiyah akan kedengaran di masjid-masjid Arab Saudi apabila masuk bulan Zulhijjah.

Nabi Muhammad SAW mengerjakan ibadah haji sekali sahaja iaitu pada tahun ke-10 Hijrah. Pergerakan Rasulullah SAW bermula dari Madinah menuju ke Makkah bermula pada 25 Zulkaedah. Setelah 8 hari perjalanan, Rasulullah SAW dan umat Islam tiba di luar Makkah “Tuwa” pada 3 Zulhijjah dan bermalam di situ. Pada 4 hingga 7 Zulhijjah di daerah Abtah, Rasulullah SAW mengajar umatnya tentang manasik haji.

Maha Suci Allah.. pergerakan haji untuk tahun 1441 Hijrah yang diatur oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi juga mirip pergerakan haji Rasulullah SAW. Sungguh haji tahun ini adalah haji yang teristimewa.

Credits to Ministry of Hajj and Umrah Kingdom of Saudi Arabia

Julai 25, 2020 / Sabtu / 4 Zulhijjah 1441H

Jemaah haji yang tidak dijangkiti COVID-19 diarahkan untuk berada di Hotel Four Points by Sheraton Makkah sebelum waktu Zohor. Memandangkan pemandu limo tidak berani memasuki Makkah tanpa permit (akan dikenakan denda SAR10, 000 dan dihantar pulang ke negara asal), dan ada juga yang meminta bayaran 2 kali ganda daripada harga biasa (SAR 300), aku dan Nafisa memutuskan untuk menaiki bas yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah di lapangan terbang baru King Abdul Aziz Jeddah.

Breakfast inside

Kami tiba di lapangan terbang dan masuk ke dalam bas sekitar jam 8 pagi. Di dalam bas terdapat petugas kesihatan memeriksa suhu badan, manakala petugas haji memeriksa iqama dan permit haji kami. Makanan ringan, air zam-zam dan topeng muka juga diberikan sementara menunggu jemaah haji yang lain. Bas mula bergerak pada jam 9.20 pagi dan tiba di hotel pada jam 10.40 pagi.

Sebelum turun daripada bas, petugas haji memanggil nama kami satu per satu dan menyerahkan kad untuk terus ke bilik masing-masing. Sentiasa ada petugas haji menunjukkan laluan yang perlu kami ikuti dan masya-Allah pergerakan sangat lancar dan cepat.

Meal box

Kami tidak dibenarkan keluar daripada bilik sehingga 8 Zulhijjah. Makanan ringan, air zam-zam dan menu untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam juga disediakan.

Julai 26, 2020 / Ahad / 5 Zulhijjah 1441H

Bermula selepas solat Subuh, kami memulakan hari dengan kelas tafsir Al-Quran bersama Ustaz Muadz dan kelas haji dengan Salam Haji (semuanya melalui aplikasi Zoom Meeting).

Selepas solat Asar, kami mendengar tazkirah daripada Ustaz Johari Abdul Wahab yang berada di Malaysia. Masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin dan ini membuktikan bahawa perbezaan zon masa tidak menjadi penghalang untuk kami terus menimba ilmu. Cara Ustaz Johari menyampaikan tazkirah sangat terkesan di hati dengan suaranya yang penuh semangat dan lantang. “Haji Yang Terakhir” Itulah kata kuncinya. Bagi aku, jadikanlah haji ini haji yang pertama dan yang terakhir.

Sahabat Fillah ♥️ Kami bertemu dan berpisah kerana Allah SWT

Selepas solat Maghrib, kami teruskan kelas dengan kisah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk ke syurga dan Hadis 40 Al-Imam Nawawi.

Julai 27, 2020 / Isnin / 6 Zulhijjah 1441H

Rasulullah SAW bersabda, “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai Allah untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-hari yang sepuluh (iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah), oleh itu perbanyakkanlah Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir pada hari-hari itu”.

Peringatan yang sering diulang-ulang oleh para asatizah kepada kami. Bukan mudah sebenarnya untuk berpuasa apabila setiap hari, kami disajikan dengan hidangan hotel bertaraf 5 bintang. Sebelum kelas bermula, Ustaz Muadz akan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya berpuasa pada hari itu.

Ustaz Ahmad Hasyimi menjadi ustaz jemputan untuk hari ini dan cara penyampaian beliau sangat lembut dan turut meninggalkan kesan di hati. Allahu akbar… Haji yang teristimewa jadi buatlah yang terbaik! Antara peringatan yang Ustaz Hasyimi tekankan dalam falsafah / pergerakan haji:

  1. Ikhlas kerana Allah SWT
  2. Ikut sunnah Rasulullah SAW

Hampir tengah malam, pintu bilik kami diketuk oleh pegawai kesihatan untuk pengambilan sample throat swab COVID-19. Kami juga diarahkan untuk memuat turun aplikasi Hajj Smart ID di mana semua maklumat tentang jadual pergerakan haji disediakan mengikut zon masing-masing.

Julai 28, 2020 / Selasa / 7 Zulhijjah 1441H

Hari ini dalam sejarah! Hasrat yang pada awalnya hanya bermain dikata-kata menjadi kenyataan apabila Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama) bersetuju untuk Live dengan kami jam 5 petang (waktu Malaysia) / 12 tengah hari (waktu Arab Saudi).

Behind the scene

Mesti ada yang tertanya kenapa perlu sampai ke tahap itu? Adakah kami ingin meraih populariti? Yang pasti tiada niat kami untuk muncul di kaca TV atau screen anda. Jawapan yang dapat aku berikan adalah kami memerlukan doa daripada orang yang soleh seperti Datuk Seri Dr Zulkifli dan kalian semua. Doa dapat dipercepatkan untuk sampai kepada Allah SWT apabila kita:

  1. Bertawassul dengan Asma-Ul-Husna
  2. Dengan amalan soleh
  3. Doa orang-orang yang soleh yang masih hidup

Kami sangat mengharapkan perjalanan haji kami diberkati oleh Allah SWT. Ustazah Salimah juga selalu berpesan kepada kami untuk ibadah haji ini kita akan membawa dua ‘D’ iaitu dosa dan doa. Banyakkan istighfar, taubat dan doa sebanyak-banyaknya terutama pada Hari Arafah.

Kami perlu tidur awal malam ini kerana esok pagi perjalanan ibadah haji kami bermula secara rasminya. Alhamdulillah… keputusan ujian COVID-19 yang kedua diterima melalui SMS negatif.

Julai 29, 2020 / Rabu / 8 Zulhijjah 1441H (Hari Tarwiyah)

Kami diarahkan untuk bangun seawal jam 3 pagi untuk membersihkan diri dan memakai pakaian ihram. Semua bag dan bagasi perlu diletakkan di dalam bas mengikut zon dan aku berada dalam kumpulan C24. Setelah meletakkan bag, kami diarahkan untuk kembali ke bilik untuk solat fardhu Subuh. Selesai solat, kami serahkan kad bilik di kaunter hotel dan tunggu di dalam bas.

C24

Oleh kerana kami tidak berniat haji dan tidak dalam ihram apabila masuk ke Makkah pada 4 Zulhijjah yang lalu, pada 8 Zulhijjah jam 6 pagi kami semua bergerak ke Miqat Qarn Al Manazil Al Sayl Al Kabir untuk menjatuhkan niat haji. Kami tiba sekitar jam 7.15 pagi dan bas hanya memperlahankan kelajuannya apabila melalui kawasan miqat. Setelah jatuhkan niat haji, kami semua dikehendaki untuk menjaga pantang larang ihram dan banyakkan bacaan talbiyah sehingga 10 Zulhijjah.

Miqat Qarn Al Manazil Taif

Setibanya kami di Masjidil Haram pada jam 8.30 pagi, kami mendirikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Sementara menunggu arahan untuk melakukan tawaf Qudum (tawaf selamat datang), kami boleh melakukan solat sunat Dhuha dan teruskan berdoa. Ini kerana antara masa mustajab doa adalah apabila kita berada dalam keadaan musafir, dalam ihram dan semasa tawaf.

Tawaf Qudum

Jam 10 pagi, jemaah wanita diarahkan untuk berada di zon masing-masing berpandukan tanda arah yang telah ditampal pada lantai Masjidil Haram. Kedudukan kami adalah yang paling dekat dengan Kaabah. Apabila semua jemaah wanita dan lelaki sudah bersedia, pergerakan tawaf kami dimulakan dengan serentak. Selesai tawaf Qudum, kami melakukan solat sunat Tawaf (baca surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas), minum air zam-zam dan terus menunaikan sa’ie haji. Ibadah ini kami sempurnakan dalam masa 1 jam 30 minit sahaja. Alhamdulillah…

Sa’ie Antara Safa & Marwah

Kami berada di dalam bas semula pada jam 12 tengah hari untuk menuju ke Mina. Kami ditempatkan di apartment, suhu badan diperiksa sekali lagi sebelum memasuki lif dan kami diarahkan untuk terus ke bilik masing-masing. Dalam 1 bilik hanya ada 4 orang jemaah haji.

Solat fardhu Zohor, Asar dan Isyak ditunaikan secara Qasar (tiada solat sunat Qabliah dan Ba’diah). Solat fardhu Maghrib dan Subuh ditunaikan secara Tamam.

Pada malamnya, aku mendapat tahu bahawa Kiswah Kaabah telah ditukar. Walaupun kemudahan yang disediakan sangat selesa dan makanan yang diberikan juga lebih dari mencukupi, semua itu tidak dapat menghilangkan rasa gementar di hatiku. Aku akan bertemu dengan Allah SWT pada esok hari, bersediakah aku? Another sleepless night…

8 Zulhijjah dikenali sebagai Hari Tarwiyah di mana pada zaman Rasulullah SAW itulah hari untuk mengumpul air untuk dibawa ke Mina. Waktu malam, umat Islam semuanya berehat.

Julai 30, 2020 / Khamis / 9 Zulhijjah 1441H (Hari Arafah)

Jam 9 pagi, kami mula bergerak dari apartment Mina ke Masjid Namirah di Arafah. Tapak masjid ini terletak di sempadan Arafah dan Muzdalifah. Oleh sebab itu, terdapat ruang masjid yang tidak diisi dengan jemaah haji. Ibadah yang boleh dilakukan sementara menunggu waktu Zohor adalah solat sunat Tahiyyatul Masjid dan solat sunat Dhuha. Jika ada kemusykilan tentang ibadah haji, ada seorang syeikh yang sedia membantu melalui mesin interaktif yang bergerak. Subhanallah, canggih sungguh! Masjid ini juga sangat luas dan kawasan tandas dan tempat berwuduk sangat jauh. Spray air sangat penting waktu ini untuk memastikan kita sentiasa ada wuduk.

Masjid Namirah

Rasulullah SAW menyampaikan khutbah di Namirah. “Haji itu Arafah”. Waktu mustajab doa bermula sebaik saja masuk waktu Zohor. Jam 12.30 tengah hari, khutbah Arafah disampaikan oleh imam masjid dalam bahasa Arab. Terdapat aplikasi Arafah Sermon yang boleh di muat turun untuk memahami khutbah dalam pelbagai bahasa. Kena pasang earphone. Tepat jam 1 tengah hari, kami pun mendirikan solat fardhu Zohor dan Asar (Jamak Taqdim & Qasar). Pahala sedekah boleh diraih di masjid ini kerana sentiasa ada pekerja yang membersihkan masjid.

Selesai solat berjemaah, kami bergerak ke kawasan perkhemahan untuk wukuf di Arafah. Makan tengah hari disediakan tetapi kami selalu dipesan oleh Ustaz/Ustazah untuk makan secara berpada-pada. Rasulullah SAW sendiri hanya meminum sedikir air pada Hari Arafah dan tangan Baginda tidak pernah turun dari berhenti berdoa hingga terbenam matahari.

Jabal Rahmah – Mount of Mercy

Pada waktu Asar, kami keluar dari kawasan khemah sekitar jam 5 petang dan menuju ke kawasan Jabal Rahmah untuk terus berdoa. Tiada ibadah lain yang dilakukan melainkan berdoa kerana inilah waktu Allah SWT berada di kaki langit bumi. Allah SWT ampunkan dosa orang-orang yang berwukuf di Arafah.

Hari Arafah 1441 Hijrah

Sebelum matahari terbenam, kami diarahkan untuk menunggu di dalam bas sehingga masuknya waktu Maghrib. Selepas masuk sahaja waktu Maghrib pada jam 7.06 petang, bas pun bergerak ke Muzdalifah. Kami solat fardhu Maghrib dan Isyak (Jamak Takhir & Qasar) secara berjemaah di Masha’r Haram Mosque in Muzdalifah. Subhanallah… kilat sabung menyabung di luar masjid.

Masjid Masha’r Haram Muzdalifah

Sebaik tiba di kawasan untuk mabit di Muzdalifah, hujan pun turun. Kami diberi pilihan sama ada untuk berteduh di dalam bas atau terus bermalam di situ. Hampir jam 9.30 malam, hujan pun berhenti. Petugas haji juga menyerahkan batu-batu untuk melontar pada 10, 11, dan 12 Zuhijjah nanti. Selepas makan malam aku pun tertidur kepenatan.

Rain drops in Muzdalifah

Jam 2.30 pagi, sekali lagi hujan membasahi bumi Muzdalifah namun untuk beberapa ketika sahaja. Aku yang tidur lena terjaga dengan serta merta apabila air hujan terkena pada wajah. Jemaah haji yang lain juga bangun daripada tidur seolah-olah mendapat panggilan daripada Allah SWT untuk menunaikan solat sunat Tahajjud. Kami terus berjaga sehingga masuk waktu Subuh jam 4.30 pagi.

Julai 31, 2020 / Jumaat / 10 Zulhijjah 1441H (Hari Nahr)

Selepas solat Subuh, sunnah Rasulullah SAW berdoa sehingga matahari kekuning-kuningan. Pada jam 6.10 pagi, kami bergerak keluar dari Muzdalifah dan menuju ke Jamarat Aqabah (Kubro) di Mina untuk melontar. Jam 6.25 pagi kami berada berhampiran Al Khaev Mosque sementara menunggu giliran untuk melontar. Selesai melontar, bas terus bergerak ke Masjidil Haram. Jemaah wanita dibolehkan untuk menggunting rambut dan terlaksanalah Tahallul Awwal. Bacaan talbiyah diganti dengan bacaan takbir raya.

Kiswah Kaabah

Jam 8.15 pagi, kami telah berada di Masjidil Haram untuk melakukan tawaf Ifadhah (tawaf Haji) dan selesai pada jam 8.40 pagi. Maka terlaksanalah Tahallul Thani dan kami bebas daripada larangan ihram. Kami bergerak ke apartment di Mina jam 9.20 pagi untuk mandi, membersihkan diri dan mabit di Mina.

Selamat Hari Raya Eid Adha! Selamat melaksanakan ibadah korban!

Ogos 1, 2020 / Sabtu / 11 Zulhijjah 1441H (Hari Tasyrik)

Sunnah Rasulullah SAW melontar di ketiga-tiga jamarat apabila masuk waktu Zohor sebelum solat fardhu Zohor. Hari ini, kami diarahkan untuk menunaikan solat fardhu Zohor (Qasar) terlebih dahulu sebelum turun dari apartment pada jam 1 petang. Kami juga diingatkan untuk membawa payung, air dan pergi ke tandas siap-siap. Ini kerana kami akan berjalan kaki dari apartment ke kawasan jamarat dan tiada tandas sepanjang perjalanan itu.

Jamarat Wusto

Sunnah Rasulullah SAW selepas melontar, Baginda akan berdoa lebih kurang 50 ayat (10 minit). Selepas melontar di Jamarat Sugro, kami dibenarkan untuk berdoa di tempat yang disediakan di sebelah kiri jamarat. Begitu juga selepas melontar di Jamarat Wusto, kami dibenarkan untuk berdoa di tempat yang disediakan di sebelah kiri jamarat. Selesai berdoa, kami diarahkan untuk melontar di Jamarat Aqabah (Kubro) dan tiada doa di sini. Jemaah haji diarahkan untuk terus berjalan pulang ke apartment masing-masing.

Perjalanan ulang alik dari apartment ke jamarat hanya 3.18 km dan kami sampai di bilik hampir jam 2.30 petang. Alhamdulillah… Allah SWT mudahkan setiap urusan kami.

View from Tower 3, 10th Floor

Pada waktu malam, pelbagai aktiviti seperti kuiz dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah dan hadiah disediakan kepada setiap pemenang. Hadiah ini juga antara nikmat yang tidak pernah putus-putus diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada kami. Alhamdulillah…

Ogos 2, 2020 / Ahad / 12 Zulhijjah 1441H (Hari Tasyrik)

Waktu melontar pada hari ini mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kami diarahkan untuk turun dari apartment pada jam 12 tengah hari dan apabila menunggu giliran untuk melontar, azan menandakan masuknya waktu Zohor pun berkumandang. Kami selesai melontar di ketiga-tiga jamarat jam 1 petang. Sebelum terlupa, aku tinggalkan lebihan batu-batu melontar di jamarat Aqabah kerana batu-batu itu tidak boleh di bawa keluar dari Tanah Haram. Kami juga melaksanakan Nafar Awwal.

Hari Terakhir di Mina

Jam 3 petang, kami diarahkan untuk memasukkan semua bag dan bagasi ke dalam bas kerana bas akan bergerak keluar dari Mina dalam waktu Asar. Sesiapa yang ingin membayar dam kerana melanggar pantang larang ihram, boleh membayar dengan pilihan fidyah 1 ekor kambing di laman web Adahi. Jam 4.30 petang kami solat fardu Asar (Qasar) di Masjidil Haram kemudian melaksanakan tawaf Wada’ (tawaf selamat tinggal) pada jam 5 petang.

King Fahad Gate – Banyak kenangan tercipta di sini

Jika mengikut tentatif haji, selepas tawaf Wada’ kami dikehendaki untuk pulang ke rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, Allah SWT yang Maha Agung… kami dibenarkan untuk duduk di Masjidil Haram untuk menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Ini merupakan solat jemaah yang pertama diadakan semenjak kawasan Kaabah ditutup pada awal bulan Mac. Syeikh Bander Baleelah menjadi imam kami dan beliau membacakan Surah Al-Hijr 15: 85-89 dan Surah As-Saffat 37: 171-182.

Maghrib di Masjidil Haram

Jam 8 malam, kami semua berada di tapak letak kereta Hotel Four Points by Sheraton Makkah. Inilah titik perpisahan kami semua. Aku menaiki bas A2 untuk meneruskan perjalanan pulang ke Jeddah. Bas berhenti di Casablanca Hotel Jeddah dan dari situ aku bertemu kembali dengan Nafisa. Kami pulang dengan menaiki limo hospital dan selamat tiba di rumah sekitar jam 11.30 malam.

Credits to Haramain Recordings

Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan (yang berhak disembah) Melainkan Allah. Rasulullah SAW bersabda, “Haji yang mabrur tiada balasan baginya kecuali syurga”.

Kepada semua pembaca, doakan kami semua mendapat haji yang mabrur (hajjan mabruuro), usaha yang di terima (wa sa’yan masykuuro) dan dosa-dosa yang diampuni (wa dzanban maghfuuro) oleh Allah SWT. Aamiin…

Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik bahaginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bahagi kamu semua binatang ternakan, kecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.

Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada ketakwaan hati.

(Surah Al-Hajj 22: 30-32)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Part 2 Hajj In Peace and Security 2020 M/1441 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setelah keputusan haji dikeluarkan, maka bermulalah cuti kuarantin wajib 14 hari sebelum tibanya musim haji pada 8 Zulhijjah 1441H.

Alhamdulillah… Allah SWT mudahkan urusan aku dengan Head Nurse. Aku gunakan 34 hari cuti tahunan dan berbaki 2 hari. Benarlah! Untuk menunaikan ibadah haji ini perlu ada kemampuan dan pengorbanan dari segi masa.

Self-reading.. Credits to Tabung Haji

Julai 15, 2020 / Rabu / 24 Zulkaedah 1441H

Pada hari ini aku membuat temu janji di Family Medicine Clinic untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan sebelum musim haji. Antara ubat yang wajib ada: Tablet Paracetamol, tablet Vitamin C, tablet vitamin D, dan capsule Omperazole.

Julai 16, 2020 / Khamis / 25 Zulkaedah 1441H

Aku menerima panggilan telefon daripada wakil Kementerian Haji dan Umrah (Ms Amal) dan beliau mengucapkan tahniah kerana terpilih untuk menunaikan haji.

Aku juga berkenalan dengan beberapa jemaah haji terpilih yang lain melalui WhatsApp Group Haj 2020 Nusantara. Kak Su, Abg Deky, Abg Farhan, Kak Azza, dan Abu Mumtazah berasal dari Singapura. Hanya aku, Ustaz Muadz dan adiknya Muni berasal dari Malaysia.

Sekali lagi Allah SWT membuktikan yang Dia Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancang. Allah SWT menghadirkan Ustaz Muadz untuk membimbing dan mengajar kami tentang Sifat Haji Baginda Nabi SAW Seakan Engkau Bersamanya. Di sini aku sedar bahawa sebanyak mana pun buku panduan haji yang kita baca, kefahaman itu tidak dapat dicapai jika tiada guru yang membimbing.

Selepas solat Isyak, kami semua bertemu dalam majlis ilmu dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Beginilah kelas haji kami berlangsung atas talian setiap malam.

Julai 17, 2020 / Jumaat / 26 Zulkaedah 1441H

Aku dimasukkan dalam satu lagi WhatsApp Group Hijj 1441 yang dikendalikan oleh Ms Amal sebagai Admin. Semua maklumat dan arahan daripada Kementerian Haji dan Umrah dikongsi dalam group ini. Walaupun kebanyakkan maklumat dalam bahasa Arab, itu tidak menghalang kami untuk terus berkomunikasi. Dalam group ini terdapat kurang dari 20 orang ahli dan beberapa orang daripada mereka boleh menjadi penterjemah ke bahasa English. Google Translate juga digunakan dengan sepenuhnya.

Pada hari yang sama aku menerima panggilan telefon dari Ministry of Health (MOH) Arab Saudi dan pihaknya bertanyakan soalan mengenai penyakit kronik dan status kesihatan aku.

Selepas waktu Maghrib, aku menerima SMS berkaitan dengan arahan untuk melengkapkan maklumat untuk Smart Card ID dan Hajj Permit Request Link. Masya-Allah Tabarakallah, semua pegawai yang terlibat dalam musim haji tahun ini bekerja hingga lewat malam untuk memastikan kelancaran ibadah haji kami.

Julai 18, 2020 / Sabtu / 27 Zulkaedah 1441H

Request status: Hajj Permit Granted.

Walaupun status dalam laman web Local Haj telah bertukar, namun permit haji masih belum boleh dicetak di laman web Absher.

Print Hajj Permit

Julai 19, 2020 / Ahad / 28 Zulkaedah 1441H

Aku menerima lawatan daripada 2 orang pegawai MOH. Sebelum mereka tiba, salah seorang daripadanya telah menghubungi aku dan meminta untuk berkongsi lokasi rumah. Pada hari ini, aku mengetahui bahawa ada seorang lagi jemaah haji yang terpilih daripada hospital tempat aku bekerja. Rumah kami hanya dipisahkan dengan satu pintu sahaja. Subhanallah… Allah SWT hilangkan rasa takut kerana tiada kawan dan membantu aku bertemu dengan seorang sahabat bernama Nafisa berasal dari Finland.

Di rumah, pegawai MOH memeriksa tekanan darah, suhu badan, paras gula, memberi vaksin meningitis dan mengambil nasal swab COVID-19. Gelang tangan untuk memastikan jemaah haji patuh kepada arahan kuarantin di rumah juga dipakaikan kepada kami. Antara aplikasi yang perlu dimuat turun: Tawakkalna, Tabaud dan Tatamman.

Tatamman Bracelet

Satu lagi WhatsApp Group Salam Haji Exclusive aku sertai untuk menambah ilmu pengetahuan tentang ibadah haji.

Julai 20, 2020 / Isnin / 29 Zulkaedah 1441H

Keputusan COVID-19 dimaklumkan melalui SMS. Alhamdulillah… Negatif.

Satu lagi aplikasi perlu dimuat turun adalah Saudi Post. Aplikasi ini untuk memasukkan alamat rumah (National Address) bagi tujuan penghantaran bagasi dan beberapa kelengkapan haji.

Saudi Post

Pada hari ini pula aku menerima panggilan telefon dari Consulate General of Malaysia Jeddah (En. Syed Adlan).

Julai 21, 2020 / Selasa / 30 Zulhijjah 1441H

Permit haji (dalam bentuk pdf) atau tasreeh sudah boleh dicetak di laman web Absher. Aku meminta bantuan Kak Arina untuk mencetak permit ini di wad kerana tiada mesin printer di rumah.

Alhamdulillah… terdapat pertambahan bilangan jemaah haji dari Malaysia iaitu Fatin, Atikah, Kak Fauziah, Kak Nanie dan Uwais. Welcome to the group!

Julai 23, 2020 / Khamis / 2 Zulhijjah 1441H

Bagasi yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah akhirnya tiba di rumah. Antara hadiah yang disediakan dalam bagasi itu: beg bimbit kecil, buku panduan haji bahasa Arab, personal care kit – sikat, gunting, pemotong kuku, shaving kit, berus gigi, sabun, shampoo, ubat gigi, uncang untuk meletak batu-batu untuk melontar.

Hanya 1 bagasi dan 1 beg sandang belakang dibenarkan untuk dibawa pada waktu haji nanti.

Julai 24, 2020 / Jumaat / 3 Zulhijjah 1441H

Kami telah menerima tentatif penuh pergerakan haji (dalam bentuk pdf) bermula 4 Zulhijjah 1441H hingga 12 Zulhijjah 1441H. Sekali lagi tentatif ini dalam bahasa Arab dan tiada dalam bahasa English. Alhamdulillah… Allah SWT mudahkan urusan kami dengan bantuan Ustaz Syaharuddin dan isteri beliau Ustazah Salimah. Mereka telah membantu untuk menterjemah tentatif tersebut satu per satu ke dalam bahasa Melayu.

Ready for departure

Sleepless night – Itulah perasaan aku ketika selesai mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke Makkah pada esok hari. Penghargaan kepada Zai kerana telah berkongsi senarai barang yang diperlukan untuk haji. Debaran yang terasa di dalam dada seolah-olah aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun seperti UPSR/PMR/SPM/LJM.

Untuk Part 3, aku akan ceritakan pengalaman berada di Makkah untuk meneruskan kuarantin di hotel pula in shaa Allah.

Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bahagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang yang sengsara lagi kafir.

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan melakukan tawaf sekeliling rumah tua itu (Baitullah)”.

(Surah Al-Hajj 22: 28-29)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Part 1 Hajj In Peace and Security 2020 M/1441 H

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Seperti yang pernah aku ceritakan dalam Hello 2020!, aku telah berniat untuk menunaikan ibadah haji sejak tahun 2019 dan hasrat ini telah aku sampaikan kepada ahli keluarga pada masa itu. Alhamdullillah, berkat doa semuanya impian aku menjadi kenyataan.

Alhamdulillah… Tiada kata-kata lain yang dapat aku ucapkan untuk menzahirkan rasa syukur atas jemputan menjadi tetamu Allah SWT pada musim haji tahun ini. Perkongsian kali ini adalah berbentuk retrospective dan in shaa Allah aku akan ceritakan satu per satu (Maaf kerana bahasa yang aku gunakan bercampur-campur Bahasa Melayu dan English). Bismillah…

Jun 22, 2020 / Isnin / 1 Zulkaedah 1441H

Kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Pada tahun ini, haji hanya dibuka kepada golongan expat yang bermastautin di Arab Saudi (70%) dan rakyatnya yang terdiri daripada barisan hadapan seperti petugas kesihatan dan keselamatan (30%).

Source: Saudi Gazette

Jun 23, 2020 / Selasa / 2 Zulkaedah 1441H

Jumlah jemaah haji yang dibenarkan akan berjumlah 1, 000 orang atau tidak lebih daripada 10, 000 orang. Di sini ada kontroversi sikit sebab majoriti media massa Arab Saudi seperti Saudi Gazette, Saudi Buzz, dan Gulf News melaporkan sepuluh ribu orang. Cuma Arab News mengeluarkan kenyataan seribu orang sahaja.

Jun 24, 2020 / Rabu / 3 Zulkaedah 1441H

Kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak kedutaan Malaysia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas usaha untuk melaksanakan ibadah haji pada tahun walaupun dunia masih dilanda dengan pandemik COVID-19.

Jun 25, 2020 / Khamis / 4 Zulkaedah 1441H

Kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah berkaitan beberapa garis panduan ibadah haji pada tahun ini. Antaranya, wajib untuk memakai face mask setiap masa, penjarakkan sosial sepanjang manasik haji.

Julai 6, 2020 / Isnin / 15 Zulkaedah 1441H

Pendaftaran haji dibuka atas talian bermula hari ini hingga 19 Zulkaedah 1441H. Keputusan akan diumumkan pada 21 Zulkaedah 1441H.

Waktu ini aku masih ragu-ragu untuk mendaftar haji kerana pada tahun ini pengurusan haji adalah di bawah kelolaan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Salam Haji Travel & Tours milik Ustaz Syaharuddin and Ustazah Salimah tidak dapat menghantar jemaah haji berikutan garis panduan atau SOP yang begitu ketat. Oleh itu, tiada pembimbing yang fasih berbahasa Melayu akan turut serta. Rasa takut dan was-was bermain di hati. Beberapa orang sahabat aku juga telah memutuskan untuk membatalkan niat menunaikan haji.

Online Registration

Julai 7, 2020 / Selasa / 16 Zulkaedah 1441H

Aku memutuskan untuk bertanya pendapat ahli keluarga dan sahabat baik aku melalui Whatsapp Call/Chats. Alhamdulillah… mereka membenarkan aku untuk meneruskan niat mendaftar haji. Antara kata-kata mereka (dalam bahasa Sarawak): “Mun ko rasa yakin, daftar jak lah”, “Daftar jak dolok, mun ko mok tunggu kawan-kawan ko sampe bila? Time haji kelak pande-pande lah bergaul dengan orang.”, “Daftar jak! Tahun depan kita sik tauk ada peluang agik ka sik mok polah haji.”

Terdapat beberapa syarat dan akur janji yang perlu dipenuhi untuk melengkapkan pendaftaran di lawan web Local Haj Booking Portal.

NOTE : Registering my wish to perform Hajj for the year 1441 Hijri is a preliminary submission, and is not a final registration. Registration is not considered until the issuance of the final approval after ensuring that health and regulatory standards are met, and the result of the submission will be notified through a text message on my mobile phone. The request is automatically canceled if the health or regulatory requirements are not completed, and in the event of a mismatch in the data provided, the Ministry is entitled to cancel the approval at any time.

I – the candidate – hereby certify that I

  • Do not have diabetes
  • Do not have blood pressure disorder
  • Do not have a heart condition
  • Do not have any respiratory disease
  • Am not affected to suspected of being infected by corona virus (COVID-19)
  • Am between 20 and 65 years old
  • I pledge to respect my home quarantine according to the criteria approved by the Ministry of Health 14 days before the Hajj & 14 days after the Hajj
  • I pledge that I have never perform Hajj

Antara maklumat yang diperlukan adalah nombor iqama, tarikh lahir, nombor telefon bimbit, nama penuh, jantina dan maklumat mahram. Pilihan yang aku ada ialah tanpa mahram.

Julai 12, 2020 / Ahad / 21 Zulkaedah 1441H

Request Status: Pending Approval → Pending – Mahram information missing → Awaiting approval of the request → You were selected for Hajj this year

Keputusan haji ini aku perolehi lewat petang sebelum masuk waktu Maghrib melalui lawan web dan SMS menyusul pada waktu malam. Perasaan aku ketika itu gembira, syukur dan terkejut. Tangan aku terketar-ketar ketika ingin memaklumkan kepada ahli keluarga di Malaysia.

Bagaimana aku boleh terpilih? Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Selepas terpilih, maka bermulalah fasa kuarantin di rumah yang aku akan ceritakan dalam Part 2 in shaa Allah.

My Hajj Journey Begin Here

Dan (ingatlah), ketika Kami tentukan bahagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku bahagi orang yang tawaf dan orang yang beribadah dan orang yang rukuk sujud.

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

(Surah Al-Hajj 22: 26-27)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Hello 2020!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Happy new year 2020 to all my readers! – I hope all of you are doing great and all your wishes last year had become true. I am supposed to work overtime (OT) tonight but since there are two empty beds in the ward and we have enough staff, automatically my OT is cancelled. So, I am quite free right now and I will share some of my random thought.

Alhamdullillah, many positive things happened to me in year 2019. First of all, I passed my Advanced Cardiovascular Life Support (ACLS) for the second time. Although I am a nurse in critical area, ACLS will always be the most stressful course for me. I lost some kg’s when I attended the course for the first time in my life. The renewal of ACLS certificate is mandatory every 2 years. I believe as the time goes by, I will get used to it.

Another big achievement for myself was I finally bought my first house. It was quite complicated process to begin with. Therefore, I will share the information in another post insya-Allah. The post is going to be in Malay language.

After all year of hard work, self-rewarding is the best way to build up my fighting spirit. I went for a vacation with my family members. I knew I spent a lot of money on it but it does not matter because all the memories created – priceless!

For year 2020, I only have 2+1 (optional) wishes. Insya-Allah I will perform the fifth pillar of Islam which is the Hajj. It is the journey that must be undertake as I am financially afford it and physically able. Please pray for me that I will be one of the guest invited by Allah SWT.

Secondly, I wish to settle my financial loans one by one. It is kind of pathetic that we work very hard on days and nights just to solve this issue. For that, I will just enjoy doing my work and my life in Kingdom of Saudi Arabia. Indeed, I can earn more money by doing OT but at the same time I have to take care of my own health. “Fall sick is forbidden” is my self-reminder when I am far-far away from my beloved family.

Lastly, my optional wish that I always carry forward from previous year – love relationship. I had a “confused” relationship last year and asked for opinion from few people. They said no need to rush in getting married. Everything is going to be happen in the right time with the right man. Put all trust on Allah SWT.

Let’s begin our new year with the end in mind.

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus, yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

(Surah Al-Hajj 22: 27)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Kota Kinabalu-Semporna-Kundasang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Wah!!! Kali terakhir aku menulis dalam blog ini 6 bulan yang lalu dan antara sebabnya: tiada idea hendak tulis tentang apa atau sibuk dengan urusan kerja. Alhamdulillah… hari ini baru ada kesempatan untuk aku kongsi pengalaman bercuti dengan keluarga di Sabah. Seperti percutian kami di Thailand pada tahun 2016, tempat pertemuan kami semua kali ini di Kota Kinabalu. KUL-BKI, BTU-BKI, dan KCH-BKI. Aku mengambil pakej 3 hari 2 malam Semporna (RM650/seorang) dan 2 hari 1 malam Kundasang (RM350/seorang).

Welcome to KKIA

Terdapat 2 pilihan untuk sampai ke Pekan Semporna. Pada awalnya kami bercadang untuk menggunakan jalan darat. Homestay pun sudah ditempah tapi disebabkan perkara yang tidak dapat dijangka, kami semua menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA) ke Airport Tawau. Sedikit pengajaran mengenai homestay di Pekan Semporna, sebelum menempah silalah bertanya dengan Tour Guide sama ada rumah itu sesuai atau tidak.

Pulau Mabul & Kapalai – Dari Jeti Umum Semporna, kami menaiki boat ke Pulau Mabul dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit. Memandangkan kami akan bermalam satu malam di sana, Helmi mencadangkan untuk membeli sedikit makanan ringan di Giant Supermarket takut lapar pada waktu malam. Kami menginap di Arung Hayat dan tiba hampir waktu Zohor. Selepas checked-in, solat Zohor dan makan tengah hari, boat man akan membawa ke tempat snorkeling. Jadi, kena guna sun blocked dan baju renang siap-siap. Jika ingin mengambil gambar di I ♥ Mabul, bayaran akan dikenakan melainkan anda menginap di Water Bungalow Resort. Kami mengambil gambar dari jauh dan atas boat sahaja. Hehehe…

Larissa 19 & Bajau Laut

Selepas jam 4 petang kami kembali ke tempat penginapan, berjalan-jalan di sekitar kampung dan melihat matahari terbenam. Di sekitar tempat penginapan, anda dapat berjumpa dengan orang Bajau Laut menggunakan sampan dan mereka menjual buah kelapa, makanan laut seperti kerang, ikan dan lobster. Bolehlah beli dan minta tukang masak di tempat penginapan masakkan untuk makan malam. Pada waktu malam, tiada aktiviti atas air dibenarkan. Waktu ini kami berehat dan siapa yang ada internet Digi, Celcom atau Maxis boleh muat naik gambar di laman sosial. Tune Talk tiada dalam perkhidmatan.

Amina Holidays

Pulau Bohey Dulang, Mantabuan & Sibuan – Selepas checked-out dari tempat penginapan, kami menuju ke Bohey Dulang. Disebabkan hujan turun pada hari itu, aktiviti mendaki secara automatik tidak dibenarkan dan kami hanya dapat mengambil gambar di bahagian luar. Pada waktu tengah hari, aktiviti island hopping dan snorkeling diteruskan di Pulau Mantabuan dan Sibuan. Subhanallah… pantai yang sangat cantik dan laut yang membiru. Apabila hampir Asar, kami bertolak balik ke Pekan Semporna dan menginap di Warisan Inn.

Sibuan Island

Pekan Semporna, Bukit Tengkorak & Jambatan Pakalangan – Di Pekan Semporna, kita boleh membeli barang cenderahati di Dragon Inn. Mendaki Bukit Tengkorak dan singgah sekejap di Jambatan Pakalangan untuk bergambar.

Bukit Tengkorak

Kundasang & Ranau – Setelah kembali ke Kota Kinabalu dan berehat selama 1 hari, aku teruskan percutian dengan mengunjungi beberapa tempat menarik di Kundasang dan Ranau. Antaranya:

  • Pekan Nabalu
  • Pintu masuk Taman Kinabalu
  • Tagal Sg. Moroli Kg. Luanti Baru Ranau – RM5 Dewasa rendam kaki
  • Sabah Tea Ladang Nalapak – RM5 Tree House Experience
  • Kinabalu Park Heritage Site, Poring Hotsping, Canopy Walkway – RM3 Conservation Fee + RM5 Camera fee
  • Arnab Farm Sejati Kg. Poring Ranau -Entrance fee
  • Kinabalu Pine Resort
  • Sayap Ayam Madu Wak Ali
  • Mount Hill Villa – Entrance fee
  • Sosodikon Hill – Entrance fee
  • Desa Dairy Farm – Entrance fee
  • Mesilou Cat Village – Entrance fee
  • Culvert View – Entrance fee
  • Mirolinet Enterprise menjual barang kraftangan

Mount Kinabalu

Disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan pada hari terakhir, terdapat beberapa tempat aku terpaksa abaikan seperti Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. In shaa Allah, panjang umur dan murah rezeki aku akan kembali ke Negeri Di Bawah Bayu ini. Terima kasih diucapkan kepada Mie Babat dan Mie Mania yang telah menjadikan percutian aku kali ini sangat indah.

Dan di antara (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupnya bumi setelah mati (kering). Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bahagi kaum yang mengerti.

(Surah Ar-Rum 30: 24)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Yanbu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019 – Pesta yang hanya berlangsung sekali dalam setahun di Yanbu, Arab Saudi. Kali ini ia diadakan dalam bulan Mac dan syukur kepada Allah SWT kerana aku diberikan kesempatan untuk hadir. Banyak dugaan yang aku tempuhi untuk sampai di pesta ini. Bermula dengan ketiadaan sahabat untuk turut serta, kematian ibu kepada ketua rombongan ini yang menyebabkan tiada pengganti dan kebarangkalian aktiviti dibatalkan.

Yanbu

Benarlah! Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan. Alhamdulillah, pada saat-saat akhir pihak hospital bersetuju untuk meneruskan aktiviti ini pada 2 Mac 2019 yang lalu. Bayaran yang dikenakan untuk pengangkutan dan sedikit makanan ringan sebanyak SAR65 seorang. Kami bertolak seawal jam 8.30 pagi dari Jeddah dan tiba di Yanbu pada jam 12 tengah hari. Walau bagaimanapun, kawasan pesta telah ditutup untuk solat Zohor dan hanya akan dibuka pada jam 4 petang. Kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat jamak Zohor dan Asar di Danaa Mall.

Youth Beach Yanbu

Memandangkan kami masih mempunyai banyak masa terluang, ketua rombongan bersetuju untuk membawa kami ke kawasan pantai (Youth Beach) dan menyewa bot selama setengah jam. Bayaran yang dikenakan berbeza mengikut saiz bot. Masya-Allah, langit yang membiru, angin yang dingin, dan udara yang segar membuka minda aku. Siapa sangka kita boleh menikmati semua ini di Arab Saudi yang terkenal dengan cuaca panas dan padang pasir. Jauh perjalanan luas pemandangan!

Boat ride

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami berada di tapak pesta bunga pada waktu Asar hingga Maghrib. Masa yang diberikan sangat terhad kerana kami perlu bertolak pulang dan tiba di hospital jam 10 malam. Untuk mendapatkan gambar panorama yang cantik, aku sarankan untuk pergi pada waktu pagi kerana pengunjung sangat ramai pada waktu petang.

Site map

Kunjungan ke Yanbu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019

Milik Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Surah Luqman 31: 26)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Madinah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Madinah Al-Munawwarah – Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk menziarahi kota yang bercahaya ini setelah berada di Arab Saudi lebih dari satu tahun. Disebabkan kekangan masa dan komitmen kerja, aku sering terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti ziarah yang dianjurkan oleh pihak hospital. Bas disediakan dengan yuran pendaftaran sebanyak SAR100 untuk 3 hari 2 malam. Perkongsian aku kali ini khusus untuk jururawat muslimah yang pertama kali menziarahi Masjid Al-Nabawi, Masjid Quba’ dan Jabal Uhud.

Masjid Al-Nabawi

Sebelum tarikh bertolak, pastikan anda telah menempah hotel berdekatan dengan Pintu 24 hingga Pintu 30 yang merupakan pintu masuk Masjid Al-Nabawi untuk muslimah sahaja. Al-Haram Hotel, Dallah Taibah, The Oberoi Madina, Dar Al Taqwa Hotel Madinah adalah antara hotel yang berdekatan (guna Google Maps untuk dapatkan lokasi sebenar). Setiap hotel menawarkan harga yang berbeza untuk satu malam dan biasanya penuh dengan jemaah yang melakukan ibadah umrah. Oleh itu, jangan cuba buat kerja gila dengan terjah pintu hotel. Aku guna aplikasi Agoda untuk menempah hotel. Waktu daftar masuk/keluar hotel paling lewat adalah jam 2 petang.

Gate for Muslim Sister

Di Masjid Al-Nabawi, terdapat pondok pengawal dan papan tanda khusus untuk laluan muslimah sahaja. Di luar kawasan masjid, kita dapat melihat banyak selipar dikumpul di pintu pagar kerana kebarangkalian untuk kehilangan kasut atau selipar adalah tinggi. Jadi, sediakanlah bag plastik kecil jika anda ingin solat di bahagian dalam masjid. Sebelum memasuki masjid, beberapa pengawal keselamatan wanita akan memeriksa bag anda. Demi menjaga kebersihan dalam masjid, barang-barang seperti botol kosong yang besar, makanan mentah dan barang permainan kanak-kanak tidak dibenarkan bawa masuk.

Inside Masjid Al-Nabawi

Di dalam kawasan masjid, tidak semua kawasan mempunyai karpet merah. Saf paling hadapan biasanya akan penuh satu jam sebelum masuk waktu solat fardhu. Aku sarankan bawalah sejadah selalu kerana kita tidak akan pernah tahu di mana kita akan solat. Di sebelah kiri masjid, terdapat kawasan khusus untuk muslimah yang membawa anak-anak kecil bersama mereka.

One step closer to Rawdah

Pintu masuk untuk ziarah makam Rasulullah S.A.W. dan kawasan Rawdah akan dibuka selepas solat fardhu Subuh dan Isyak. Berdasarkan pengalaman aku baru-baru ini, terdapat tiga pintu masuk untuk ziarah dan muslimah akan berkumpul di hadapan pintu. Pada pandangan aku, tidak perlu bersesak-sesak di hadapan pintu itu kerana kita tidak tahu pintu mana yang akan dibuka terlebih dahulu. Pada waktu pagi, kawasan menunggu untuk ziarah akan ditutup sekitar jam 9 pagi dan ziarah hanya dibenarkan sehingga jam 11 pagi. Pada waktu malam pula, masa ziarah lebih panjang hingga hampir tengah malam. Untuk solat di kawasan Rawdah, kesabaran kita akan diuji dengan hebat baik golongan tua atau muda. Nasihat aku, sesiapa yang masih mempunyai kudrat dan tenaga rebutlah peluang untuk melakukan ziarah.

Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung, pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya, sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai makhluk pilihan Allah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga Hari Kiamat. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sama sekali.

Setelah solat fardhu Zohor dan daftar keluar dari hotel, berusahalah untuk kekalkan wuduk anda kerana kita akan solat sunat di Masjid Quba’. Masjid yang pertama dibina dalam sejarah Islam. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud” “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.”

Masjid Quba’

Jabal Uhud – antara kawasan penting dalam sejarah Islam. Gunung Uhud adalah yang terbesar di Madinah dan bukit kecil yang kita ziarahi sekarang adalah kawasan di mana peperangan sengit berlaku. Di sini juga terdapat Masjid Jam`eh Sayed Al Shohada.

Jabal Uhud

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah menang dengan dua kali ganda daripada musuh-musuh kamu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri.” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah dan agar Allah mengetahui orang yang (benar-benar) beriman.

(Surah Ali-`Imran 3: 165-166)

Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Mereka bergembira dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah. Dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beriman.

(Surah Ali-`Imran 3: 169-171)

Karpet Hijau Rawdah – Taman Syurga

Until we meet again.

May peace be upon you.