searching for my own meaning of life

Posts tagged ‘Hijrah’

Apa yang Kurang?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Salam Maal Hijrah 1436 H

Segala yang aku miliki sekarang sudah mencukupi. Pekerjaan tetap, duit, rumah sewa, kereta (masih mampu dibayar setiap bulan), kesihatan yang baik, makanan, komputer, telefon pintar, internet, pakaian, medical card, wang simpanan…

So, what?

Semua itu masih tidak cukup untuk membuat aku rasa bahagia. Ada sesuatu yang kurang? Di mana Allah SWT dan Rasulullah SAW di hatiku?

Aku solat tetapi solatku tidak khusyuk. Aku membaca al-Quran tetapi aku tidak mengamalkannya. Aku merasa diriku cukup baik dalam menjaga batas pergaulan tetapi aku menghabiskan masa berjam-jam di Facebook. Fikiranku masih melayang kepada seorang yang aku hanya kenal pada namanya.

Apa yang patut aku lakukan? Lagi persoalan yang jelas aku juga tahu jawapannya.

Bertaubatlah! Perbaiki solat, amalkan al-Quran, kurangkan melayari internet terutamanya Facebook, banyakkan beristighfar dan berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya.

Wake up!

Mungkin ada yang berpendapat aku tidak wajar membuka kelemahan atau aib diriku sendiri. Walau bagaimanapun, ini adalah cara untuk aku lebih mengenali siapa aku sebenarnya. Ia umpama mengeluarkan ketumbuhan yang ada dalam diri, kemudian di hantar ke makmal akal untuk dikaji punca sebenar penyakit hati ini. Keputusannya nanti akan menentukan ke mana harus aku berhijrah selepas ini.

Hakikat kejadian manusia adalah untuk menjadi khalifaf di muka bumi Allah ini.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Surah Al-Baqarah 2:30)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Advertisements
%d bloggers like this: