searching for my own meaning of life

Madinah

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Madinah Al-Munawwarah – Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk menziarahi kota yang bercahaya ini setelah berada di Arab Saudi lebih dari satu tahun. Disebabkan kekangan masa dan komitmen kerja, aku sering terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti ziarah yang dianjurkan oleh pihak hospital. Bas disediakan dengan yuran pendaftaran sebanyak SAR100 untuk 3 hari 2 malam. Perkongsian aku kali ini khusus untuk jururawat muslimah yang pertama kali menziarahi Masjid Al-Nabawi, Masjid Quba’ dan Jabal Uhud.

Masjid Al-Nabawi

Sebelum tarikh bertolak, pastikan anda telah menempah hotel berdekatan dengan Pintu 24 hingga Pintu 30 yang merupakan pintu masuk Masjid Al-Nabawi untuk muslimah sahaja. Al-Haram Hotel, Dallah Taibah, The Oberoi Madina, Dar Al Taqwa Hotel Madinah adalah antara hotel yang berdekatan (guna Google Maps untuk dapatkan lokasi sebenar). Setiap hotel menawarkan harga yang berbeza untuk satu malam dan biasanya penuh dengan jemaah yang melakukan ibadah umrah. Oleh itu, jangan cuba buat kerja gila dengan terjah pintu hotel. Aku guna aplikasi Agoda untuk menempah hotel. Waktu daftar masuk/keluar hotel paling lewat adalah jam 2 petang.

Gate for Muslim Sister

Di Masjid Al-Nabawi, terdapat pondok pengawal dan papan tanda khusus untuk laluan muslimah sahaja. Di luar kawasan masjid, kita dapat melihat banyak selipar dikumpul di pintu pagar kerana kebarangkalian untuk kehilangan kasut atau selipar adalah tinggi. Jadi, sediakanlah bag plastik kecil jika anda ingin solat di bahagian dalam masjid. Sebelum memasuki masjid, beberapa pengawal keselamatan wanita akan memeriksa bag anda. Demi menjaga kebersihan dalam masjid, barang-barang seperti botol kosong yang besar, makanan mentah dan barang permainan kanak-kanak tidak dibenarkan bawa masuk.

Inside Masjid Al-Nabawi

Di dalam kawasan masjid, tidak semua kawasan mempunyai karpet merah. Saf paling hadapan biasanya akan penuh satu jam sebelum masuk waktu solat fardhu. Aku sarankan bawalah sejadah selalu kerana kita tidak akan pernah tahu di mana kita akan solat. Di sebelah kiri masjid, terdapat kawasan khusus untuk muslimah yang membawa anak-anak kecil bersama mereka.

One step closer to Rawdah

Pintu masuk untuk ziarah makam Rasulullah S.A.W. dan kawasan Rawdah akan dibuka selepas solat fardhu Subuh dan Isyak. Berdasarkan pengalaman aku baru-baru ini, terdapat tiga pintu masuk untuk ziarah dan muslimah akan berkumpul di hadapan pintu. Pada pandangan aku, tidak perlu bersesak-sesak di hadapan pintu itu kerana kita tidak tahu pintu mana yang akan dibuka terlebih dahulu. Pada waktu pagi, kawasan menunggu untuk ziarah akan ditutup sekitar jam 9 pagi dan ziarah hanya dibenarkan sehingga jam 11 pagi. Pada waktu malam pula, masa ziarah lebih panjang hingga hampir tengah malam. Untuk solat di kawasan Rawdah, kesabaran kita akan diuji dengan hebat baik golongan tua atau muda. Nasihat aku, sesiapa yang masih mempunyai kudrat dan tenaga rebutlah peluang untuk melakukan ziarah.

Selamat sejahteralah ke atasmu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung, pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya, sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahteralah wahai makhluk pilihan Allah, selamat sejahteralah wahai Habibullah, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hamba-Nya lagi pesuruh-Nya, aku bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyempurnakan tanggungjawab dan telah memberi nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atasmu berkekalan sehingga Hari Kiamat. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada baginda kemuliaan dan pangkat darjat yang tinggi serta anugerahkan kepadanya tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji sama sekali.

Setelah solat fardhu Zohor dan daftar keluar dari hotel, berusahalah untuk kekalkan wuduk anda kerana kita akan solat sunat di Masjid Quba’. Masjid yang pertama dibina dalam sejarah Islam. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud” “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah.”

Masjid Quba’

Jabal Uhud – antara kawasan penting dalam sejarah Islam. Gunung Uhud adalah yang terbesar di Madinah dan bukit kecil yang kita ziarahi sekarang adalah kawasan di mana peperangan sengit berlaku. Di sini juga terdapat Masjid Jam`eh Sayed Al Shohada.

Jabal Uhud

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (dalam peperangan Uhud), padahal kamu telah menang dengan dua kali ganda daripada musuh-musuh kamu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri.” Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah dan agar Allah mengetahui orang yang (benar-benar) beriman.

(Surah Ali-`Imran 3: 165-166)

Janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu sebenarnya hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Mereka bergembira dengan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bersenang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Mereka bergembira dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah. Dan bahawa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang beriman.

(Surah Ali-`Imran 3: 169-171)

Karpet Hijau Rawdah – Taman Syurga

Until we meet again.

May peace be upon you.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: