searching for my own meaning of life

Yanbu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019 – Pesta yang hanya berlangsung sekali dalam setahun di Yanbu, Arab Saudi. Kali ini ia diadakan dalam bulan Mac dan syukur kepada Allah SWT kerana aku diberikan kesempatan untuk hadir. Banyak dugaan yang aku tempuhi untuk sampai di pesta ini. Bermula dengan ketiadaan sahabat untuk turut serta, kematian ibu kepada ketua rombongan ini yang menyebabkan tiada pengganti dan kebarangkalian aktiviti dibatalkan.

Yanbu

Benarlah! Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan. Alhamdulillah, pada saat-saat akhir pihak hospital bersetuju untuk meneruskan aktiviti ini pada 2 Mac 2019 yang lalu. Bayaran yang dikenakan untuk pengangkutan dan sedikit makanan ringan sebanyak SAR65 seorang. Kami bertolak seawal jam 8.30 pagi dari Jeddah dan tiba di Yanbu pada jam 12 tengah hari. Walau bagaimanapun, kawasan pesta telah ditutup untuk solat Zohor dan hanya akan dibuka pada jam 4 petang. Kami berhenti untuk makan tengah hari dan solat jamak Zohor dan Asar di Danaa Mall.

Youth Beach Yanbu

Memandangkan kami masih mempunyai banyak masa terluang, ketua rombongan bersetuju untuk membawa kami ke kawasan pantai (Youth Beach) dan menyewa bot selama setengah jam. Bayaran yang dikenakan berbeza mengikut saiz bot. Masya-Allah, langit yang membiru, angin yang dingin, dan udara yang segar membuka minda aku. Siapa sangka kita boleh menikmati semua ini di Arab Saudi yang terkenal dengan cuaca panas dan padang pasir. Jauh perjalanan luas pemandangan!

Boat ride

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami berada di tapak pesta bunga pada waktu Asar hingga Maghrib. Masa yang diberikan sangat terhad kerana kami perlu bertolak pulang dan tiba di hospital jam 10 malam. Untuk mendapatkan gambar panorama yang cantik, aku sarankan untuk pergi pada waktu pagi kerana pengunjung sangat ramai pada waktu petang.

Site map

Kunjungan ke Yanbu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019

Yanbu Flowers & Garden Festival 2019

Milik Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

(Surah Luqman 31: 26)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Leave a comment