searching for my own meaning of life

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Hi, apa khabar semua? Kali ini aku akan berkongsi cara-cara untuk memperbaharui pasport yang akan tamat tempoh dalam masa 6 bulan. Terlebih dahulu, kita kena buat temujanji di Consulate General of Malaysia, Jeddah dengan menghubungi talian +966126727740 atau bercakap sendiri dengan Vice Consul (Immigration) Mr Zaimi Mohammad Hashim.

🇲🇾❤️🇸🇦

Pegawai Imigresen Jeddah akan beri arahan untuk datang pada pukul berapa dan biasanya urusan dilakukan pada waktu pagi sebelum jam 11.30 pagi. Antara dokumen yang kita kena bawa:

  • Kad pengenalan asal
  • Pasport asal
  • Iqama asal
  • Duit bayaran sebanyak SAR 185.00 sahaja

Apabila sampai di luar kawasan Consulate, kita kena ketuk cermin gelap dan nanti akan ada seorang pegawai bertanya apa urusan kita, memeriksa suhu badan dan menyerahkan buku kehadiran. Dalam buku itu kena isi nama, nombor iqama, nombor telefon, bacaan suhu badan dan tandatangan. Kemudian, pegawai tersebut akan buka pintu pagar dan mengarahkan kita untuk masuk ke Pejabat Imigresen Malaysia di sebelah kiri melalui pintu kayu.

Di sebabkan semua urusan adalah melalui temujanji, tidak ramai orang di Pejabat Imigresen Malaysia Jeddah. Untuk wanita, seperti biasa gunalah tudung berwarna hitam dan tanggalkan cermin mata apabila gambar pasport diambil. Setelah pengesahan biometrik dan urusan pembayaran dilakukan, pasport yang baru siap dalam masa kurang dari 1 jam. Pastikan duit yang dibawa cukup-cukup kerana tiada transaksi menggunakan kad debit. Muka depan dan muka surat pertama pasport yang lama akan digunting. Tempoh sahlaku pasport yang baru adalah 5 tahun.

Oleh kerana nombor pasport yang baru tidak sama dengan yang lama, kita perlu serahkan pasport yang lama dan pasport yang baru kepada Government Relation untuk kemaskini maklumat kita dalam sistem Jawazat atau Absher. Setelah beberapa hari baru boleh diambil semula.

Pasport Malaysia sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel.

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim, Dia (Allah) telah menamakan kamu orang muslim sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

(Surah Al-Hajj 22:78)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Comments on: "Chapter #9 Part 3: Passport Renewal" (4)

  1. Nurul Irdina said:

    Assalammualaikum, I’m a third year diploma in nursing science student. Right now, our clinical practice have been postponed due to COVID-19 and it has been a few months. I have so many questions about nursing pathway and I hope you can help me clear all my doubts.

    1. Saya berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan. Kebanyakkan universiti yang menawarkan program ini menyatakan bahawa setidaknya mereka yang ingin memohon program ini mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dan bagi yang mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan dan diploma lanjutan boleh dimasukkan terus ke tahun 2 atau tahun 3 bergantung pada sistem pemindahan kredit. Dan bagi yang mohon secara terus selepas habis diploma perlu belajar selama 4 tahun dan juga ada pengurangan kredit berbanding pelajar lain. Untuk sambung pengajian diploma lanjutan juga memerlukan pengalaman kerja sekurangnya 2 tahun. Saya mohon sedikit pencerahan adakah saya boleh terus menyambung pengajian sama ada dalam peringkat ijazah sajana muda atau diploma lanjutan tanpa ada pengalama kerja ? Dan adakah saya patut terus bekerja atau lebih baik untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi ?

    2. Saya juga berminat untuk kerja di Arab Saudi. Saya juga telah melakukan beberapa kajian contonhya tentang syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon kerja di sana dan juga agensi- agensi yang menawarkan perkhidmatan menghantar jururawat Malaysia untuk bekerja di sana seperti Melorita. Saya mohon sedikit pencerahan tentang bagaimana untuk memohon bekerja di sana supaya saya dapat bersedia dengan lebih awal.

    Like

    • Wa’alaikumsalam.. Nice to meet you Nurul Irdina.

      1. In terms of your education pathway, I will suggest to finish the Diploma in Nursing and then proceed with Degree aka Ijazah Sarjana Muda. Once you graduated, make sure you get at least 2 years uninterrupted working experience. Only after that you can plan for your career pathway to Saudi Arabia. Abaikan Diploma Lanjutan sebab tak diiktiraf pun oleh SCFHS.

      2. Untuk kerja di Arab Saudi, boleh follow social media atau check website agensi seperti Melorita untuk tahu syarat-syarat yang hospital tawarkan.

      All the best!!!

      Like

      • Nurul Irdina said:

        Thank you for the response!
        Back then I stand with my decisions to continue my study in degree. But now, I’m having dilemma. I only have a few months away to finish my study. In Malaysia, nurses with diploma or degree are all being treated the same right? I mean they not really looking at your level of study maybe hehe. What is the advantages for having a degree in this field?

        Like

      • If you are working in KKM, your Diploma will give you grade U29 while Degree grade U41. So, there is big difference in your salary. But if you are working in private hospital, no difference. With Degree in Nursing, you can apply for work easily regardless KSA, UAE, UK, etc..

        Like

Leave a comment