searching for my own meaning of life

Posts tagged ‘Jabatan Imigresen Malaysia Jeddah’

Chapter #9 Part 3: Passport Renewal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Hi, apa khabar semua? Kali ini aku akan berkongsi cara-cara untuk memperbaharui pasport yang akan tamat tempoh dalam masa 6 bulan. Terlebih dahulu, kita kena buat temujanji di Consulate General of Malaysia, Jeddah dengan menghubungi talian +966126727740 atau bercakap sendiri dengan Vice Consul (Immigration) Mr Zaimi Mohammad Hashim.

🇲🇾❤️🇸🇦

Pegawai Imigresen Jeddah akan beri arahan untuk datang pada pukul berapa dan biasanya urusan dilakukan pada waktu pagi sebelum jam 11.30 pagi. Antara dokumen yang kita kena bawa:

  • Kad pengenalan asal
  • Pasport asal
  • Iqama asal
  • Duit bayaran sebanyak SAR 185.00 sahaja

Apabila sampai di luar kawasan Consulate, kita kena ketuk cermin gelap dan nanti akan ada seorang pegawai bertanya apa urusan kita, memeriksa suhu badan dan menyerahkan buku kehadiran. Dalam buku itu kena isi nama, nombor iqama, nombor telefon, bacaan suhu badan dan tandatangan. Kemudian, pegawai tersebut akan buka pintu pagar dan mengarahkan kita untuk masuk ke Pejabat Imigresen Malaysia di sebelah kiri melalui pintu kayu.

Di sebabkan semua urusan adalah melalui temujanji, tidak ramai orang di Pejabat Imigresen Malaysia Jeddah. Untuk wanita, seperti biasa gunalah tudung berwarna hitam dan tanggalkan cermin mata apabila gambar pasport diambil. Setelah pengesahan biometrik dan urusan pembayaran dilakukan, pasport yang baru siap dalam masa kurang dari 1 jam. Pastikan duit yang dibawa cukup-cukup kerana tiada transaksi menggunakan kad debit. Muka depan dan muka surat pertama pasport yang lama akan digunting. Tempoh sahlaku pasport yang baru adalah 5 tahun.

Oleh kerana nombor pasport yang baru tidak sama dengan yang lama, kita perlu serahkan pasport yang lama dan pasport yang baru kepada Government Relation untuk kemaskini maklumat kita dalam sistem Jawazat atau Absher. Setelah beberapa hari baru boleh diambil semula.

Pasport Malaysia sah digunakan untuk semua negara kecuali Israel.

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim, Dia (Allah) telah menamakan kamu orang muslim sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”

(Surah Al-Hajj 22:78)

Until we meet again.

May peace be upon you.