searching for my own meaning of life

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Terlebih dahulu aku kena minta maaf kepada semua pembaca sebab perkongsian ini aku guna bahasa rojak Inggeris dan Bahasa Melayu.

Credits to NoraZizah Jemaat and one random University Islam Madinah student (tak ingat nama 😅 tapi pernah nampak orang share FB post dia naik train dari Madinah ke Makkah). Thank you for sharing your experience. Really appreciate it 🙏

Kali ni aku share pengalaman aku pula naik train dari Jeddah ke Madinah. Mula² nak beli tiket tu aku pergi dekat website https://www.hhr.sa/web/portal/mobile-web

Actually, mobile apps pun ada juga tapi bagi aku nak proceed dekat payment lebih mudah kalau guna website. Boleh pilih round trip or one way. Ada 4 Part kena isi:

  1. Where do you want to go?
  2. Choose your seat
  3. Personal Info
  4. Payment

Part from where you want to go tu tricky sikit sebab ada 2 pilihan station di Jeddah. Jeddah Station (yang pernah terbakar suatu ketika dahulu) dan KAIA Station (King Abdulaziz International Airport). So, aku pilih from KAIA Station to Madinah Station. Masa boleh pilih Non-Stop atau 1 Stop (KAEC) which bagi aku tak jauh beza pun. Kita akan sampai Madinah tak lebih dari 2 jam.

Part Choose Your Seat pula aku advice ambil window seat untuk keselesaan. Kita boleh adjust window shade jika terkena pancaran matahari. Panas weiii… FYI, seat dalam train takda social distancing. Dan style Pakcik Makcik Arab ni dorang akan duduk ikut suka hati. Kalau tak nak gaduh, better datang awal and grab your seat. Unless, korang boleh cakap Arab boleh argue. Hahaha…

Part Personal Info takda masalah. Masukkan nama penuh, tarikh lahir dan maklumat iqama.

Part Payment ni pun tricky juga. Aku try guna Debit Card tapi tak lepas. Last² guna Credit Card baru dapat. Then, boleh check tiket pdf format dalam email.

Dah sampai KAIA Station, just tunjuk Tawakkalna. Kalau banyak luggage boleh guna lift (VL-Drop Off Area, L1-Train). Atau guna escalator, scan barcode tiket, turun lagi escalator and proceed to your Coach. Coach 1-5: Business Class. Coach 6 onwards: Economy Class. Dari Madinah Station pula lebih kurang sama.

KAIA aka Airport Station Jeddah

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bahagi kaum yang berfikir.”

(Surah Ar-Rum 30:21)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Leave a comment