searching for my own meaning of life

Posts tagged ‘Makkah’

Chapter #10 Part 3: Lahjah Al-Hijaziyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Kerja di Arab Saudi, pandailah cakap Arab?

Tak pandai.

Lemahhhhh…

Ini antara soalan lazim yang sering ditanya kepada aku. Oleh kerana aku bekerja di Unit Rawatan Rapi, keperluan untuk bercakap Arab dengan pesakit adalah terhad. Kalau setakat cakap bahasa rojak atau broken Arabic bolehlah.

Secara amnya, bahasa Arab terbahagi kepada:

  1. Bahasa Arab Fusha
  2. Bahasa ‘Ammiyyah
  3. Bahasa Arab Rojak

Bahasa Arab fusha adalah bahasa Arab standard seperti ayat Al-Quran dan Hadis. Apabila kita bergaul dengan orang Arab, bahasa yang kita gunakan adalah bahasa ‘ammiyyah. Sebagai pekerja asing, biasanya kita gunakan bahasa Arab rojak tanpa mengambil berat tentang soal tatabahasa. Janji difahami.

Setiap kawasan tanah Arab juga mempunyai dialek atau lahjah tersendiri. Lahjah Hijaziyyah, sebagai contoh, adalah dialek yang digunakan oleh orang Arab di Jeddah, Makkah dan Madinah.

Untuk jururawat Malaysia yang tiada asas bahasa Arab macam aku, nasihat aku belajarlah bahasa Arab yang betul sementara kita masih berada di bumi Arab Saudi. Jadikan ini sebagai salah satu azam yang mesti dicapai sebelum menamatkan kontrak perkhidmatan. Sampai bila nak cakap مافي معلوم ، انا جديد

Satu lagi persoalan, kenapa tulisan Arab pada papan tanda atau bahan bacaan seperti majalah, surat khabar dan buku cerita tiada tanda baris? Inilah kehebatan dan keindahan bahasa Arab itu sendiri. Kena hadir kelas atau bengkel bahasa Arab untuk faham. Dah penat kerja 12 jam, mana ada masa untuk belajar. Itu cuma alasan!

Antara hikmah COVID-19, kita belajar untuk menuntut ilmu atas talian dengan teknologi yang berada di hujung jari. Sebagai permulaan, boleh follow Facebook Tinta Bahasa atau WhatsApp nombor di bawah. Wallahi… Pengajar bahasa Arab yang ini tak garang dan boleh bawa bincang 🤓

“Speak Arabic like a native speaker”

“Alif Lam Ra. Ini adalah ayat-ayat Kitab (al-Quran) yang nyata (dari Allah). Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dalam bahasa Arab agar kamu memahaminya.”

(Surah Yusuf 12:1-2)

Until we meet again.

May peace be upon you.