searching for my own meaning of life

Archive for April, 2020

Chapter #8 Part 2: Diploma Lanjutan Kejururawatan Kritikal

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Kali ini aku akan bercerita mengenai pos basik atau kini lebih dikenali dengan istilah Diploma Lanjutan Kejururawatan. Selama ini aku berfikir bahawa kursus lanjutan hanya ditawarkan oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Rupa-rupanya Universiti Malaya ada juga menawarkan kursus yang sama. Terima kasih kepada En Dean atas perkongsian gambar dalam Muka Buku beliau.

Mengapa pos basik penting walaupun aku sudah memiliki ijazah? Berdasarkan pemerhatian aku, seorang jururawat dapat melangkah lebih jauh apabila dia memiliki sijil kemahiran dalam bidang pengkhususan tertentu. Iklan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Master in Nursing yang aku kongsi sebelum ini meletakkan syarat pos basik. Untuk menjadi seorang pengajar atau pensyarah juga memerlukan sijil pos basik.

Walau bagaimanapun, tanpa sijil pos basik tidak bermakna kita tidak dapat bekerja di luar negara. Setiap negara mempunyai badan yang akan menapis kelayakan seseorang sebelum diterima bekerja. Di Arab Saudi sebagai contoh terdapat badan SCFHS (Saudi Commission For Health Specialties). SCFHS tidak mengiktiraf sijil pos basik dan mereka lebih inginkan jururawat yang memiliki ijazah demi mencapai Saudi Vision 2030.

Persoalannya, sampai bila aku hendak berkhidmat di negara orang lain? Cepat atau lambat aku pasti akan pulang ke tanah air. Untuk bertahan lebih lama dalam bidang kejururawatan di Malaysia, aku perlu memiliki sijil pos basik dalam bidang pengkhususan aku iaitu rawatan rapi. Kini, aku mempunyai 2 pilihan institusi: ILKKM atau UM.

Doakan semoga minat aku untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Lanjutan Kejururawatan Kritikal terus membara. Aamiin…

Diploma Lanjutan aka Pos Basik

“Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyempitkannya (menyulitkannya), maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap: Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang zalim.”

(Surah Al-Anbiya’ 21 : 87)

Until we meet again.

May peace be upon you.