searching for my own meaning of life

Posts tagged ‘Parenting’

Chapter #3 Part 3: Positive Parenting – Malaysia’s Pioneer Expert Educational Programme for Parents on Maternal, Child and Family Care

Assalamu`alaikum and greetings to all…

This year my Facebook news feed always fill with the photos of adorable newborn baby. For parents out there (especially in Sarawak), I dedicated this post to you and it’s based on the 9th Paediatric Refresher Course that I attend on 12-13 April 2014. Visit this website for more details.

IMCI: Kad Rujukan Ibu (Ogos 2013) Dr Hii King Ching – Consultant Paediatrician, Hospital Kapit.

APAKAH TANDA-TANDA BAHAYA BAHAWA ANAK ANDA PERLU SERTA MERTA DI BAWA KE KLINIK? 

Penjagaan bayi dan kanak-kanak memerlukan kesedaran dan perhatian yang tinggi. Ini kerana keadaan anak boleh berubah menjadi teruk dan tenat dalam tempoh masa yang amat singkat.

Bawa anak yang kurang sihat jika kamu sangat bimbang:

  • Tidak berupaya untuk minum atau kerap muntah, air kencing sedikit.

  • Menjadi semakin lemah atau tenat atau asyik tidur atau menangis berterusan.

  • Mengalami demam panas (angat) atau ruam kulit.

  • Mengalami sawan atau kejang atau mengeras (luput).

Bawa anak yang batuk jika:

  • Sesak nafas atau pernafasan yang berbunyi.

  • Bernafas dengan laju.

Bawa anak yang cirit-birit jika:

  • Najis bercampur dengan darah.

  • Hanya minum sedikit atau tidak mahu minum atau air kencing yang sedikit.

Bawa bayi anda yang berusia kurang dari 3 bulan jika:

  • Tidak menyusu dengan baik atau kurang menyusu.

  • Tangan dan kaki yang sejuk atau nampak biru atau pusat yang kurang sihat.

  • Mengalami jaundice / kekuningan tapak tangan.

  • Kurang aktif atau menjadi semakin lemah atau tenat atau asyik tidur atau tangisan yang lemah.

Cecair dan pemakanan:

  • Pastikan selepas menyusu, tegakkan bayi dan tepuk belakang sehingga sendawa.

  • Pastikan anak duduk tegak semasa menyuap makanan atau menyusu supaya tidak tercekik.

Bagi anak yang sakit:

  • Berikan susu ibu dengan lebih kerap.

  • Tambah pengambilan cecair dengan memberikan sup, air bubur, jus buah-buahan atau air masak.

  • Tambah pengambilan makanan yang digemari oleh anak anda.

  • Sedikit demi sedikit tetapi beri dengan lebih kerap.

Bagi anak yang cirit-birit:

  •  Berikan banyak cecair dan lebih kerap.

  • Berikan tambahan air seberapa banyak yang boleh seperti berikut: ORS (garam rehidrasi), air masak, makanan cecair seperti sup, air bubur, jus buah-buahan.

  • Penyusuan susu ibu lebih kerap dan lama bagi setiap penyusuan pada waktu siang dan malam.

  • Berikan cecair tambahan sehingga cirit-birit berhenti.

  • Jangan beri susu pekat atau susu sejat atau susu junjung.

Anak yang batuk atau selesema:

  • Batuk atau selesema biasanya akan pulih sendiri dalam 1 hingga 2 minggu.

  • Penggunaan atau pengambilan antibiotik tidak diperlukan.

  • Legakan batuk atau sakit kerongkong anak dengan susu ibu atau air suam atau air teh lemon suam (warm lemon tea).

Ubat batuk atau ubat selesema:

  • Tidak digalakkan kerana ia merbahaya dan membawa kesan sampingan seperti mengantuk, muntah dan kembung perut.

  • Kesan ini menyebabkan anak kurang pengambilan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan kekurangan gula di dalam darah.

  • Menyembunyikan tanda-tanda penyakit sekiranya keadaan kesihatan bertambah teruk.

  • Kelewatan menghantar anak ke klinik akan menjejaskan pernafasan dan tahap kesedaran anak.

Cara-cara penyediaan bubur:

  • Masak sehingga lembut.

  • Boleh campur ayam, ikan, ubi, telur atau sayur.

  • Jangan kisar (blend) bubur yang disediakan.

  • Jangan tapis bubur yang disediakan.

  • Jangan tambah garam ke dalam bubur untuk anak yang berusia kurang dari 1 tahun. 

Pastikan bayi anda tidak berada dalam kesejukan. Jika cuaca sejuk, tudung/balut kepala dan kaki bayi serta pakaikan pakaian tambahan supaya bayi berasa hangat.

Ikut jadual untuk suntikan imunisasi anak anda (Imunisasi Sepanjang Hayat).

Perhatian!

Jangan beri makanan yang bersaiz kecil dan keras, atau makanan melekit kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 4 tahun, contohnya kacang tanah dan jenis kekacang lain, gula batu, toffee, dodol, “Nata De Coco” dan agar-agar yang keras. 

Ini kerana ia boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik, saluran pernafasan tersumbat dan membahayakan nyawa.

Elakkan kemalangan di rumah seperti terjatuh, melecur, keracunan, lemas, penderaan, dan penipuan kanak-kanak oleh orang dewasa.

Jangan lepaskan kemarahan ke atas anak seperti memukul dan menenking mereka.

Elakkan dari mendodoikan bayi atau mengoncang bayi secara kuat dan laju.

Mari kita bersama-sama menjaga anak kita dengan penuh kasih sayang (n.n)

Mari kita bersama-sama menjaga anak kita dengan penuh kasih sayang (^.^)

 “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesegsaraan kerana anaknya dan juga seorang ayah kerana anaknya dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (menghentikan penyusuan sebelum dua tahun) , dengan kerelaan keduanya dan musyawarah, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”.

Surah Al-Baqarah 2:233

Until we meet again.

May peace be upon you.

Advertisements
%d bloggers like this: