searching for my own meaning of life

Taif

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Assalamu`alaikum and greetings to all…

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujang di tengah hari. Begitulah cuaca di Arab Saudi ini. Panas, berangin, hujan dan sejuk sentiasa silih berganti. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang untuk aku terus mencari rezeki dan dalam masa yang sama berkesempatan melawat beberapa kawasan yang menarik di Taif. Aktiviti lawatan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak hospital. Jadi, tiada masalah berkaitan keselamatan. Bayaran pendaftaran cuma SAR50.

Taif

Tempat yang terkenal dengan kawasan sejuk dengan suhu mencecah 16-17°C. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Jeddah. Di kawasan atas bukit, buah-buahan seperti strawberi, buah delima, anggur, dan tumbuh-tumbuhan seperti kaktus ada dijual. Kebanyakkan penjual faham Bahasa Melayu dan terpulang kepada kita tawar menawar untuk mendapatkan harga yang murah.

Bunga-bunga di negara padang pasir

Kemudian, kami di bawa ke Kilang Rashid Al Qurashi. Pengunjung terlebih dahulu dijemput untuk minum air teh mawar percuma sebelum mendengar taklimat berkaitan pemprosesan air mawar. Pelbagai produk berasakan air mawar juga dijual seperti minyak wangi, bedak, lotion dan sebagainya. Anggaran harga SAR50-SAR70 setiap satu.

Bride Rose Water Number One

Aktiviti riadah turut disediakan di beberapa kawasan pasir di Taif. Bayaran yang dikenakan untuk menunggang unta, kuda atau keldai ialah SAR10 untuk setiap haiwan. All-Terrain Vehicle (ATV) turut disediakan dengan bayaran SAR25 untuk 15 minit. Kepada para wanita, pastikan anda memakai seluar panjang disebalik jubah.

Kuda ku lari gagah berani… lalala

Telefric Taif – terkenal dengan kereta kabel dengan bayaran SAR84 dan kemudahan riadah lain seperti Toboggan SAR42. Subhanallah, kawasan yang sangat sejuk dengan pemandangan yang sangat cantik. Tiket untuk menaiki kereta kabel akan diberikan di kaunter pembayaran sebagai pas masuk dan keluar. Jangan hilangkan! Sesiapa yang inginkan pengalaman menaiki roller-coaster dengan kawalan tangan sendiri, boleh cuba Toboggan.

Telefric

Toboggan

Siang

Malam

Kepelbagaian budaya dan etnik Arab dapat dilihat walaupun aku cuma berada di Taif dalam masa satu hari. Pakaian dan warna kulit mereka juga berbeza jika dibandingkan dengan Arab di Jeddah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Insya-Allah, jika masih dikurniakan ilham untuk menulis, aku akan bercerita tentang pengalaman berada di Makkah dan Madinah pula.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.”

(Surah Al-Baqarah 2: 164)

Until we meet again.

May peace be upon you.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: